in ,

Lin Shaye & Nicolas Pesce Singgah di Kuala Lumpur Bagi Mempromosi Filem THE GRUDGE

Pelakon Lin Shaye & Pengarah Nicolas Pesce Akan Berada di Kuala Lumpur Bagi Mempromosi Filem THE GRUDGE

Dendam kesumat. Satu perasaan jahat yang lahir dari jiwa yang tak puas hati, yang tak tenang, yang memberontak, meronta menagih pembalasan, dianiayai dan dinodai. Kita telah diajar dari kecil dan setiap agama di dunia ini tidak suka pada sikap berdendam ni.

Kata-kata, biar orang buat kat kita, jangan kita buat kat orang perlu dijadikan pegangan. Acara membalas dendam terhadap orang-orang yang telah menganiaya kita sebolehnya kita elakkan. Tapi tenteramkah jiwa setelah dendam kesumat itu dibuat? Haa, itu kita nak cerita berkaitan dengan sebuah filem yang akan menghantui anda di pawagam mulai 2 Januari 2020.

Tetapi pada masa yang sama, sifat dendam ini sebenarnya seperti sekam padi, di luar tak nampak sangat, tapi kat dalam tu, membiak bara dan memusnahkan inti pati kehidupan. Sikap dendam kalau tak dielak, buat hati kita jadi musnah sedikit dari semasa ke semasa dan kemudian kita didorongi untuk melakukan kejahatan lain demi kepuasan diri.

Filem The Grudge

Mungkin, ini adalah alasan yang sama mengapa filem The Grudge, yang berkisar di sekitar hantu yang bersalah, enggan mati; dan penghujung tahun 2019 ini ia dibangkitkan sekali lagi skrin besar. Filem seram reboot ini sudah tentu akan membuka mata peminat filem seram seluruh dunia.

Kali pertama kali kita menonton hantu yang menakutkan ini melalui filem seram Jepun berjudul Ju-On (2002) yang digarap oleh penulis Takashi Shimizu.

Sesudah itu, filem ini telah dibuat semula ke dalam filem Amerika pada tahun 2004 yang dibintangi oleh Sarah Michelle Gellar. Terdapat beberapa sekuel selepas itu, tetapi sayang filem itu tidak begitu mengesankan.

Kini, penerbit Sam Raimi bersama dengan pengarah Nicolas Pesce, sedang mencuba satu lagi cerita berkenaan dendam kesumat menerusi filem THE GRUDGE.

Melihat pada poster dan trailer filem THE GRUDGE, sikit sebanyak memberi gambaran dan mesej bahawa filem seperti ini bukan untuk orang yang kosong jiwa dan tidak berhati sahaja, malah selepas menonton filem seperti ini mereka mungkin akan insaf dan menjadi orang yang lebih baik, bersih dari sikap mendendami sesama manusia.

Jalan ceritanya tetap sama. Mungkin ada kelainan dari segi garapan. Pendokong filem The Grudge adalah seorang ibu tunggal (Andrea Riseborough) yang mesti melakukan segala-galanya untuk menyelamatkan anaknya dari ruh yang tidak jahat yang bertujuan untuk membawa kehancuran kepada kehidupan dengan usaha untuk membalas dendam.

Filem ini dijayakan oleh pelakon berkaliber, Lin Shaye bersama-sama bersama Demian Bichir, John Cho dan Jackie Weaver. Budiey pun teruja nak tengok filem ini.

Lin Shaye & Nicolas Pesce Bakal Buat Penampilan di Comic Fiesta Pada 21 Disember Ini

Sempena dengan tayangan filem ini di Malaysia, pelakon Hollywood Lin Shaye dan pengarah Nicolas Pesce akan terbang dan akan berada di Kuala Lumpur pada 20 hingga 21 Dis, 2019 untuk mempromosikan filem yang padat dengan babak seram itu.

Selain bertemu dengan pada media untuk bercakap mengenai filem itu, Lin Shaye dan Nicolas Pesce akan hadir di konvensyen Comic Fiesta, yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 21-22 Disember ini.

Budiey turut dijemput oleh pihak Sony Pictures Malaysia untuk membuat liputan. Yang paling teruja adalah Budiey turut diberi peluang untuk menemubual kedua-dua orang penting ini dalam satu sesi temubual.

Pada acara ini, akan ada perbincangan mengenai filem The Grudge, persembahan rakaman dari filem serta meet & greet dengan Shaye dan Pesce. Kepada peminat yang nak sertai meet & greet bolehlah mendapatkan info lanjut di laman Sony Pictures.

Filem The Grudge Filem The Grudge Filem The Grudge

Producer Sam Raimi brings us a twisted new take of the horror classic.

Directed by Nicolas Pesce, THE GRUDGE stars Andrea Riseborough, Demián Bichir, John Cho, Betty Gilpin with Lin Shaye and Jacki Weaver. With a screenplay by Nicolas Pesce and a story by Nicolas Pesce and Jeff Buhler, THE GRUDGE is based on the film “Ju-On: The Grudge” written & directed by Takashi Shimizu. THE GRUDGE is produced by Sam Raimi, Rob Tapert and Taka Ichise and is executive produced by Nathan Kahane, Erin Westerman, Brady Fujikawa, Andrew Pfeffer, Roy Lee, Doug Davison, John Powers Middleton and Schuyler Weiss. 

Directed by Nicolas Pesce

Screenplay by Nicolas Pesce

Story by Nicolas Pesce and Jeff Buhler

Based on the film “Ju-On: The Grudge” 

Written & Directed by Takashi Shimizu

Produced by                                     

  • Sam Raimi
  • Rob Tapert
  • Taka Ichise

Executive Producers                       

  • Nathan Kahane
  • Erin Westerman
  • Brady Fujikawa
  • Andrew Pfeffer
  • Roy Lee                                 
  • Doug Davison                      
  • John Powers Middleton
  • Schuyler Weiss

Cast                                                    

  • Andrea Riseborough
  • Demián Bichir
  • John Cho
  • Betty Gilpin
  • Lin Shaye
  • Jacki Weaver    

This film is rated R by the Motion Picture Association of America for the following reasons: disturbing violence and bloody images, terror and some language. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elly Mazlein | 22

Berita Elly Mazlein Bertunang dengan Guru Geografi, Bakal Nikah 17 Januari 2020

Shaheizy Sam 2020 Blog | 23

Fakta Sains Dalam Kehidupan dalam Program SAINS HEBAT