in ,

Lima Selebriti Popular Ditaja Melancong di Barcelona

Pada jam 3 petang semalam (21 Mei 2014), bertempat di Hotel Parkroyal, Kuala Lumpur berlangsungnya sidang media Pelancaran dan Pengumuman trip bersama selebriti popular ke Barcelona anjuran Rafflesia dan syarikat penerbangan Air France. Lima selebriti terkenal yang Budiey maksudkan ialah Fizo Omar, Kamal Adli, Miera Liyana, Tasha Shilla dan Hairul Azreen yang akan terbang dengan penerbangan Air France untuk jalan-jalan, makan angin bersama peminat ke Barcelona, Sepanyol dari 23 Jun hingga 30 Jun depan. Perjalanan mereka tentunya ditaja oleh syarikat penerbangan Air France dan syarikat barang kemas Rafflesia. Tahniah untuk kesemua selebriti ini!

Selebriti Popular Ditaja Melancong di Barcelona

Memetik laporan Mstar Online, Pegawai Publisiti The Reflesia, Bill Bora berkata, kelima-lima artis ini dipilih berikutan populariti masing-masing selain mereka mempunyai pengikut yang ramai di laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram.

“Ini merupakan kali kedua Air France dan Rafflesia menganjurkan siri travelog bersama selebriti yang kita pilih daripada kalangan yang mempunyai pengikut ramai di laman sosial. Selebriti ini bertindak untuk menceritakan tempat-tempat menarik yang mereka kunjungi dan aktiviti sepanjang lapan hari berada di negara itu menerusi laman sosial masing-masing.”

Dalam pada itu Bill Bora berkata, kelima-lima selebriti ini akan berpecah ke beberapa tempat menarik yang mereka ingin lawati selain bebas melakukan apa juga aktiviti mereka sendiri.  Mereka juga dibenarkan untuk membawa peminat-peminat mereka dengan tawaran harga promosi serendah RM2,899.

“Selebriti akan bebas melakukan apa juga yang ingin mereka lakukan dengan syarat mereka perlu memuat naik enam keping gambar sehari di laman sosial mereka. Mereka juga boleh membawa peminat yang ingin menyertai trip ini dengan harga promosi yang berlangsung sehingga akhir bulan ini.”

Tambah Bill Bora, trip bersama selebriti ini sempena jadual penerbangan baharu Air France iaitu empat kali seminggu ke Barcelona.

Jom tengok gambar sekitar pelancaran ini. Foto kredit: Facebook Rafflesia

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Hafiz Suip

Ada Sebab Hafiz Suip Tayang Gambar Kekasih di Instagram

Konsert Muzikal Anak Dunia 2014