in , ,

Lima Cara Mudah Jalani Gaya Hidup Yang Lebih Mesra Alam Dengan Google

Google begitu komited untuk membantu semua orang membina dunia yang lebih mampan, dan sebahagian daripadanya bermakna memudahkan semua orang membuat pilihan mesra alam.

Google melihat lebih ramai orang mencari cara untuk hidup dengan lebih mampan. Menurut Google Trends, minat terhadap kemampanan meningkat lebih daripada 25% di seluruh Asia.

Di Malaysia, Carian mengenai neutraliti karbon meningkat sehingga 450%, manakala topik mengenai sumber boleh diperbaharui telah meningkat sebanyak 250% dan pelepasan gas rumah hijau meningkat lebih daripada 160%.

Sebagai pengiktirafan Hari Bumi pada 22 April, berikut ialah beberapa petua dan cara untuk menjalani gaya hidup yang lebih mampan dengan sedikit bantuan daripada Google.

Kekal Maklum Mengenai Krisis Iklim

Fahami kesan perubahan iklim apabila anda melawat halaman Google hari ini. Doodle Hari Bumi kami mempamerkan bagaimana muka bumi telah berubah sepanjang 40 tahun yang lalu di seluruh dunia.

Lakukan carian maklumat berwibawa daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana anda boleh bertindak.

Sebagai alternatif, hab  Culture Meets Climate kami, yang dilancarkan oleh Google Arts and Culture, merupakan sumber yang bagus untuk bermula.

Terokai puluhan cerita dan projek interaktif di seluruh dunia, daripada artis yang mentafsir data iklim saintifik dengan cara yang mudah dihadam sehinggalah kepada mengetahui cara komuniti menggunakan teknologi untuk melindungi tapak budaya mereka merentasi perubahan iklim.

Melancong lagi? Berikut ialah alatan Google untuk mengurangkan kesan perjalanan

Dengan pelancongan kini dibuka di dalam dan di seluruh dunia, pertimbangkan carian yang lebih mampan untuk sampai ke tempat yang anda tuju. Apabila anda mencari penerbangan anda di Google Flights, anda boleh melihat pelepasan karbon yang berkaitan bagi setiap tempat duduk untuk setiap penerbangan dan mencari pilihan karbon rendah dengan cepat. Juga, pertimbangkan carian Google pantas untuk hotel mesra alam jika anda memilih tempat penginapan untuk mencari maklumat tentang usaha kemampanan hotel tersebut.

Anda kini boleh melihat pelepasan karbon setiap tempat duduk untuk setiap penerbangan di Google Flights.

Kitar Semula Yang Lama, Bawa Masuk Yang Baru

Ingin mengitar semula peranti Google lama atau elektronik lain yang anda tidak gunakan lagi? Gunakan perkhidmatan kurier percuma melalui rakan kongsi kitar semula pihak ketiga kami untuk membantu mengitar semula peranti anda dengan cara yang mesra alam. Sebagai alternatif, anda boleh mengetahui tempat untuk mengitar semula atau membuang bahan tertentu dengan betul apabila anda melakukan carian pantas pada Carian atau melihat Profil Perniagaan di Peta Google, supaya peranti lama tidak berakhir di tapak pelupusan.

Pelajari Seni Kitar Semula Dan Gaya Hidup Hijau Daripada Para Pencipta Youtube

Kami melihat ramai para pencipta YouTube berkongsi petua dan idea setiap hari tentang cara anda boleh menggabungkan amalan mampan ke dalam kehidupan seharian. Lihat Adam Akmal yang mengajar penontonnya cara membuat tanah kompos dan petua penyelenggaraan untuk menghasilkan kompos yang baik di rumah. Anda juga boleh melihat senarai main global kami yang menampilkan para pencipta global untuk mendapatkan inspirasi.

Selamatkan Planet, Jimatkan Wang

Tahukah anda bahawa dengan singkatkan 3 minit waktu mandi setiap hari, anda boleh menjimatkan lebih 40 tab mandi dalam setahun? Anda boleh mencari lebih banyak cara untuk memahami dengan lebih baik impak alam sekitar anda dan mengurangkan pembaziran makanan, air dan penggunaan tenaga melalui alat interaktif Your Plan, Your Planet. Alat ini juga disegerakkan dengan Kalendar Google untuk menetapkan peringatan tentang ikrar anda untuk menukar tabiat anda (contohnya, singkatkan waktu mandi atau gunakan baki yang berada di dalam peti sejuk).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Boboiboy | 21

Iklan Raya MONSTA ‘Kembali Aidilfitri’ Trending, 1 Juta Tontonan Sehari

Rendy Faliq | 22

Rendy Faliq Berkolaborasi Dengan Ippo Hafiz Hasilkan Lagu BERBAGI CINTA