in , , ,

Libatkan Puluhan Pemuzik, Samsons Buat Comeback Lancar Album Ke-5 Berjudul ‘V’

Kumpulan Samsons baru saja melancarkan album terbaru mereka yang diberi judul “V”. Bertepatan dengan judulnya, ini adalah album kelima mereka setelah lebih dari 17 tahun terlibat dalam industri muzik Indonesia. Album ini dilancarkan oleh label rakaman Universal Music Indonesia.

Kumpulan Samsons baru saja melancarkan album terbaru mereka yang diberi judul “V”.  Bertepatan dengan judulnya, ini adalah album kelima mereka setelah lebih dari 17 tahun terlibat dalam industri muzik Indonesia. Album ini dilancarkan oleh label rakaman Universal Music Indonesia.

Bukan calang-calang album “V” ini kerana terdapat penglibatan puluhan pemuzik terdiri daripada anggota Budapest Scoring Symphony Orchestra.  Dalam album “V” ini, Samsons memberikan sentuhan muzik orkestra dalam semua lagu. Tidak menghairankan apabila nuansa muzik yang mereka paparkan dalam album ini kedengaran hebat kerana diiringi alunan bunyi daripada Budapest Scoring Symphony Orchestra.

Samsons Lancar Album V Bergabung dengan Budapest Scoring Symphony Orchestra

Untuk album “V” ini Samsons mendapatkan khidmat 55 pemuzik terbaik orkestra di Budapest, terdiri daripada 40 orang pemain alat muzik bertali (strings players), 7 orang pemain alat muzik tiup kayu (woodwinds players), 7 orang pemain alat muzik bras (brass player) serta seorang pemain genderang (percussionist), yang sering membuat skor muzik untuk filem-filem Hollywood.

Dalam album “V”, terdapat 12 lagu yang dipersembahkan oleh Samsons untuk peminat mereka. Beberapa buah lagu telah dilancarkan dahulu sebagai single; “Ternyata cinta”, “Tuhan tidak pernah salah”, “I Love U”, “Cinta Mati” dan juga “Jika Nanti” single terbaru mereka akan dilancarkan serentak dengan album ini.

Lagu “Jika Nanti” menjadi trek fokus untuk album V  memandangkan ia mempunyai video muzik yang dihasilkan dengan jalan cerita yang bagus sesuai dengan lirik lagu “Jika Nanti”, mendengar lagu semasa menonton video muzik tersebut membolehkan anda menikmati single “Jika Nanti” lebih mendalam sambil memanjakan mata anda dengan visual yang menarik.

Seperti lazimnya, Samsons tetap memberikan warna muzik pop rock ballad untuk album “V”. Dan tema cinta tetap menjadi senjata utama untuk diangkat dalam cerita di setiap lirik lagu. Lagu-lagu dengan tema percintaan seolah sudah sebati dengan Samsons, namun tema cinta pada umumnya boleh ditafsirkan atau diterjemahkan kepada banyak perkara.

Pada tahun 2021, Samsons juga meraikan 15 tahun lagu “Kenangan Terindah”, lagu ini merupakan salah satu lagu hits yang menjadi fenomena daripada Samsons dan masih kerap didengar sehingga kini,

Sempena meraikan 15 tahun lagu “Kenangan Terindah”, Samsons akan memberi kejutan kepada pendengarnya…. Nantikan!

TREK LAGU:

1. Lalu

2. Sampai Padamu

3. Ternyata Cinta 

4. Tuhan Tak Pernah Salah 

5. Andai Aku Tahu

6. Jika Nanti 

7. I Love U 

8. Denting Asmara

9. Cinta Mati 

10. Tak Semestinya

11. Move On

12. Sahabat

SAMSONS

Aria Dinata – vokal

Irfan Aulia Irsal – gitar

Erik Partogi Siagian – gitar

Aldri Dataviadi – bass 

MEDIA SOSIAL

Facebook: https://www.facebook.com/samsonstheband

Twitter: @samsonstheband

Instagram: samsonstheband

YouTube: SamSonS Band

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Abigail Bercerita Perihal STATUS QUO, Single Pertama Padat dengan Mesej

tony fernandes airasia-2020

IKHLAS Rai Tahun Baru Cina Bersama Komuniti Yang Memerlukan & Warga Emas