in , ,

Lenovo Legion 5i Laptop Gaming Premium Cukup Berkuasa & Bergaya

Rekaan Minimalis Dengan Sentuhan Premium Serasi Untuk Kerja Dan Gaming, Inilah Peranti Yang Menjadi Pilihan Ideal Untuk Pelajar Dan Remaja

Bila pertama kali melihat Lenovo Legion 5i, perkara paling jelas ialah ia bukan sekadar sebuah laptop gaming biasa. Dengan rekaan minimalis berwarna Storm Grey, laptop ini tampil dengan gaya profesional tetapi tetap mempunyai aura gaming yang eksklusif. Chassis aluminium yang tahan lasak memberi rasa premium setiap kali anda membuka atau menutup penutupnya.

Walaupun menempatkan perkakasan berkuasa, ia tetap kelihatan ringkas, kemas dan sesuai untuk digunakan di pejabat atau bilik mesyuarat tanpa menonjolkan elemen agresif. Apatah lagi, laptop ini juga sesuai untuk pelajar dan juga remaja yang sukakan reka bentuk ringkas tapi masih menawan.

Berat Dan Tahap Portabiliti

Lenovo Legion 5i mempunyai berat sekitar < 2.4 kg (5.3 lbs), yang boleh dianggap agak berat jika dibandingkan dengan ultrabook atau laptop produktiviti biasa. Namun begitu, untuk kategori laptop gaming berprestasi tinggi, berat ini sebenarnya standard kerana ia menempatkan komponen berkuasa seperti GPU RTX, CPU Intel HX, serta sistem penyejukan yang kompleks. Berat ini juga memberi rasa kukuh dan stabil, seolah-olah anda sedang menggunakan sebuah mesin desktop mudah alih.

Memang betul, ia bukan laptop yang anda mahu bawa ke pejabat setiap hari dalam beg galas kecil, tetapi bagi seorang gamer serius atau content creator, faktor berat ini adalah pertukaran yang wajar untuk mendapatkan prestasi konsisten dan sistem penyejukan efisien. Rekaan ventilasi besar di bahagian belakang dan sisi jelas menunjukkan bahawa Lenovo mahu pastikan laptop ini boleh bertahan sesi gaming panjang tanpa masalah overheat.

Ulasan Lenovo Legion 5i

Prestasi Maksimum Dengan Intel Core HX Generasi Terkini

Hati dan jantung sebenar Legion 5i 15IAH7H ialah 12th Generation Intel® Core™ i7-12700H dan Intel® Core™ i5-12500H. Kelajuan boost yang tinggi menjadikannya antara CPU mantap dalam pasaran laptop ketika ini. Sama ada anda seorang gamer hardcore atau seorang content creator, CPU ini memang dicipta untuk menelan apa sahaja tugasan berat — daripada editing video 4K, rendering 3D, streaming serentak, sehinggalah multitasking aplikasi produktiviti.

Lebih menarik, Intel Performance Hybrid Architecture dengan gabungan teras prestasi (P-cores) dan teras cekap (E-cores) memastikan tugasan dibahagikan dengan bijak.

Teras berkuasa diutamakan untuk gaming supaya anda mendapat FPS maksimum, manakala kerja-kerja latar belakang dilayan oleh teras cekap tanpa ganggu prestasi utama.

Grafik Realistik Dengan NVIDIA GeForce RTX 4060

Bila sebut laptop gaming, mesti kena bincang tentang GPU. Lenovo Legion 5i dilengkapi dengan GPU yang mantap, ada tiga varian iaitu:

NVIDIA® GeForce RTX™ 3070 Ti; 8 GB GDDR6

(140W TGP, Listed Boost Clock: 1485 MHz)1

NVIDIA® GeForce RTX™ 3070; 8 GB GDDR6

(140W TGP, Listed Boost Clock: 1620 MHz)1

NVIDIA® GeForce RTX™ 3060; 6 GB GDDR6

(140W TGP, Listed Boost Clock: 1702 MHz)1

GPU ini dilengkapi dengan 8GB VRAM GDDR6. Teknologi Ray Tracing dan DLSS menjadikan visual permainan lebih realistik dengan pantulan cahaya, bayang, dan tekstur dunia dalam game yang benar-benar menghidupkan suasana. Dilengkapi juga dengan memori 4800 MHz DDR5 ternyata laptop ini menjadi lebih pantas tanpa lagging. 

Bayangkan anda main Cyberpunk 2077 dengan grafik tinggi — pantulan lampu neon dan hujan atas jalan memang nampak hidup. Atau jika anda guna aplikasi kreatif seperti Blender, RTX™ 3070 ni cukup berkuasa untuk pastikan rendering berjalan lancar tanpa sangkut.

09_Legion_5i_15IAX10_Eclipse_Black_RGBOLEDHDcamera_Left_side_profile

Storan PCIe Gen 4 Pantas Dengan Kapasiti Luas

Lenovo Legion 5i turut dilengkapi dengan pilihan storan PCIe SSD (Gen 4) sehingga 512GB atau 1TB, bergantung pada konfigurasi yang dipilih. Apa maksudnya untuk pengguna? Pertama sekali, PCIe Gen 4 SSD jauh lebih lajuberbanding SSD generasi sebelumnya, dengan kelajuan membaca dan menulis yang mampu mencapai beribu-ribu MB sesaat. Ini bermaksud anda boleh boot sistem hanya dalam beberapa saat, game AAA bersaiz besar pun loading hampir sekelip mata, dan proses transfer fail video 4K jadi lebih cepat.

Kapasiti 512GB sesuai untuk gamer kasual yang hanya simpan beberapa game utama dan projek, manakala pilihan 1TBpula lebih ideal untuk gamer hardcore atau content creator yang perlukan ruang besar untuk menyimpan library game, projek video, foto RAW, dan fail media lain tanpa risau cepat penuh. Dengan storan ini, pengalaman harian jadi lebih lancar, bebas dari masalah loading lambat atau kekurangan ruang simpanan.

16_Legion_5i_15IAX10_Eclipse_Black_RGBOLEDHDcamera_Front_angle

Paparan IPS 15″ Dengan Nisbah 16:9

Bahagian yang paling Budiey suka ialah paparan 15 inci dengan nisbah 16:9. Ia bukan sahaja unik dari segi saiz, tapi juga memberi lebih ruang menegak, sesuai untuk gaming mahupun produktiviti. 

Dengan resolusi WQXGA (2560 x 1600), refresh rate 165Hz, masa tindak balas 3ms dan kecerahan maksimum 500 nits dengan sokongan Dolby Vision, pengalaman visual memang naik satu tahap.

Terdapat beberapa varian:

  • 15″ WQHD (2560 x 1440) IPS; 16:9
  • 15″ FHD (1920 x 1080) IPS; 16:9
  • 15″ FHD (1920 x 1200) IPS; 16:9 (144 Hz)
  • 15″ FHD (1920 x 1200) IPS; 16:9 (60 Hz)

Dengan refresh rate tinggi (sehingga 165Hz) dan sokongan Dolby Vision serta NVIDIA G-SYNC, pengalaman gaming tetap memukau dengan warna terang dan gerakan lancar.

Tonton filem, main game HDR atau sekadar scroll media sosial, semuanya nampak lebih terang, lebih kaya dengan warna, dan lebih detail. Satu-satunya kelemahan kecil ialah skrin glossy yang mudah memantulkan cahaya kalau digunakan di luar atau kawasan terang, tapi kalau indoor memang padu.

Sistem Penyejukan Coldfront 4.0 Yang Senyap Dan Efisien

Laptop gaming berkuasa besar selalunya panas dan bising. Tapi Lenovo Coldfront 4.0 memang buat kerja dengan sistem dual fan, heat pipes, dan sensor pintar. Walaupun gaming berjam-jam, suhu masih terkawal, dan bunyi kipas tidak terlalu mengganggu. Inilah kelebihan Lenovo yang nampak betul-betul serius dalam memastikan prestasi konsisten.

08_Legion_5i_15IAX10_Eclipse_Black_RGBOLEDHDcamera_Rear

Audio Harman Kardon Dengan Nahimic

Dua pembesar suara Harman Kardon 2W dipadukan dengan teknologi audio Nahimic. Bunyi bass jelas, dialog dalam filem lebih terang, dan bila main game multiplayer, positioning bunyi musuh lebih tepat. Anda juga boleh guna perisian Nahimic untuk customize audio ikut citarasa sendiri, sama ada nak surround sound atau kejelasan suara semasa chat.

Keyboard TrueStrike Dengan Pencahayaan Pintar

Salah satu tarikan utama Lenovo Legion 5i ialah TrueStrike Keyboard yang dilengkapi dengan pilihan backlit berwarna putih untuk model Storm Grey dan Cloud Grey, serta sokongan 4-Zone RGB lighting untuk mereka yang mahukan gaya lebih menyerlah. Perjalanan kekunci 1.5mm memberikan rasa menaip yang sangat responsif dan selesa, sesuai untuk sesi gaming panjang atau kerja penulisan yang intensif.

Tambahan pula, rekaan dengan 0.3mm ditch membantu mengekalkan kestabilan setiap kekunci, manakala teknologi 100% anti-ghosting memastikan semua arahan ditekan dan direkod tanpa sebarang kesilapan, walaupun ketika anda menekan banyak butang serentak semasa bermain game kompetitif. Lebih menarik, pengguna juga boleh menukar warna keycap mengikut citarasa sendiri, sama ada Storm Grey atau Cloud Grey, bagi menyesuaikan laptop dengan personaliti atau setup gaming anda.

Gabungan ciri-ciri ini menjadikan papan kekunci Legion 5i bukan sahaja praktikal dari segi prestasi, tetapi juga fleksibel dari segi estetika, membolehkan setiap pengguna menyesuaikannya mengikut gaya masing-masing.

Untuk sambungan, lengkap habis: ada USB-A, USB-C, HDMI 2.1, Ethernet, dan audio jack. Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.2 pula pastikan sambungan wireless stabil dan laju. Kekurangan SD card reader boleh diatasi dengan adapter murah, jadi bukanlah isu besar.

Ulasan Lenovo Legion 5i

Bateri Tahan Lama Dengan Super Rapid Charge

Lenovo Legion 5i hadir dengan pilihan bateri 60Wh atau 80Wh, bergantung kepada konfigurasi yang dipilih. Untuk kategori laptop gaming berkuasa tinggi, prestasi baterinya agak mengagumkan. Bateri 80Wh mampu bertahan sekitar 5 hingga 6 jam penggunaan campuran seperti melayari internet, menaip dokumen atau menonton video, dan boleh mencecah sehingga 11 jam jika tetapan grafik direndahkan serta HDR dimatikan. Sementara itu, versi 60Wh pula sesuai untuk pengguna yang mahukan laptop lebih ringan dengan ketahanan bateri sederhana.

Salah satu ciri paling praktikal ialah teknologi Super Rapid Charge, yang membolehkan bateri dicas sehingga 80% hanya dalam masa 30 minit. Jadi kalau anda seorang gamer yang sering bergerak, anda tidak perlu tunggu lama untuk sambung semula sesi gaming. Lenovo turut menyediakan pilihan adapter 230W Slim dan 300W Slim, bergantung kepada model, bagi memastikan kuasa pengecasan stabil dan pantas.

Perkara ini menjadikan Legion 5i bukan sahaja kuat dari segi prestasi, tetapi juga lebih fleksibel untuk digunakan dalam pelbagai situasi – sama ada di rumah, pejabat, atau ketika dalam perjalanan.

Ujian Gaming Dunia Sebenar

Budiey sempat cuba beberapa judul terkenal, antaranya:

  • Resident Evil 4 Remake: purata 90 FPS pada tetapan tinggi.
  • Cyberpunk 2077: 60 FPS konsisten, malah dengan full ray-tracing + path-tracing pun masih boleh maintain 30 FPS dengan frame gen.
  • Black Myth: Wukong: sekitar 70 FPS stabil, pengalaman smooth untuk game soulslike.
  • Marvel Rivals: paling laju, capai sehingga 160 FPS dengan grafik tinggi — sesuai dengan skrin 165Hz.

Pendek kata, dengan sedikit tweak pada setting, hampir semua game AAA moden boleh dimainkan dengan lancar di laptop ini.

Ulasan Lenovo Legion 5i

Perisian Pramuat Yang Memudahkan Pengalaman Harian

Lenovo Legion 5i bukan sahaja menawarkan kuasa perkakasan yang mantap, malah turut hadir dengan beberapa perisian pramuat (preloaded software) yang membantu pengguna memaksimakan pengalaman harian. Antara yang tersedia termasuk Lenovo Vantage, sebuah aplikasi kawalan all-in-one untuk menguruskan prestasi sistem, tetapan bateri, serta kemas kini driver. Untuk mereka yang suka memantau status laptop, Lenovo PC Manager dan Lenovo Nerve Centerpula memberi lebih kawalan ke atas sistem, terutamanya bagi gamer yang mahu menyesuaikan profil prestasi atau memantau suhu CPU dan GPU.

Dari aspek keselamatan, Legion 5i dilengkapi dengan McAfee LiveSafe™ dan Lenovo Antivirus, memastikan laptop ini dilindungi daripada ancaman siber sejak hari pertama digunakan. Untuk tugasan produktiviti, Lenovo turut menyediakan Microsoft Office Trial yang membolehkan pengguna terus menggunakan Word, Excel dan PowerPoint tanpa perlu memuat turun tambahan.

Bagi mereka yang gemar menyimpan atau menukar fail media, terdapat juga Power2Go yang memudahkan tugasan menyalin data ke cakera atau peranti storan lain. Lenovo turut menawarkan pelbagai opsyen aksesori, seperti gaming headset, gaming mouse, serta beg galas Legion, yang direka khas untuk melengkapkan pengalaman keseluruhan.

Dengan semua perisian ini, pengguna tidak perlu bermula dari kosong kerana Legion 5i sudah siap dengan set lengkap alat yang menjadikan pengalaman gaming, produktiviti, dan keselamatan digital lebih mudah serta lancar.

Ulasan Lenovo Legion 5i

Apa Kata Budiey?

Secara keseluruhan, Lenovo Legion 5i adalah sebuah laptop gaming premium yang bukan sahaja fokus pada kuasa mentah, tapi juga keseimbangan reka bentuk, paparan, audio dan pengalaman pengguna. Gabungan Intel® Core™ 12th Gen dan GPU RTX 4060 menjadikan ia pilihan tepat untuk sesiapa yang mahukan prestasi tinggi tanpa kompromi.

Ya, ia mungkin agak berat untuk dibawa hari-hari, dan skrin glossy boleh jadi cabaran di luar, tapi bila tengok visual mantap dari paparan IPS dengan refresh rate tinggi, audio Harman Kardon yang jelas, keyboard responsif, dan prestasi gaming yang konsisten, semua kelemahan itu terus tenggelam.

Kalau anda seorang gamer yang nak FPS maksimum, seorang kreatif yang perlukan mesin produktiviti berkuasa, atau seorang pengguna yang suka laptop bergaya premium, Lenovo Legion 5i ini memang pilihan yang susah nak ditolak.

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, anda boleh layari laman rasmi Lenovo di sini: www.lenovo.com/my/en/legion

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lima Sebab Anda Tidak Boleh Lepaskan Giveaway dari Senheng