in ,

Lelaki Rakam & Provok Polis Isu Tak Pakai ‘Face Mask’ di Stesen Minyak Direman 4 Hari

Sejak semalam tular di media sosial satu video memperlihatkan seorang lelaki dikompaun kerana tidak mengenakan pelitup muka sewaktu berada di stesen minyak di Sri Damansara.

Menerusi video berdurasi 15:42 saat yang dirakam individu berkenaan, lelaki tersebut dilihat cuba menafikan kesalahannya dengan menjelaskan yang dia hanya datang ke sana untuk mengisi minyak.

Namun tindakannya membuat video secara langsung di Facebook (FB) sehingga ianya tular bagaimanapun hanya mendapat kecaman orang ramai memandangkan ramai berpendapat jelas terbukti yang dia telah melakukan satu kesalahan iaitu tidak mengenakan pelitup muka di tempat awam.

Lelaki Rakam & Provok Polis Isu Tak Pakai ‘Face Mask’ di Stesen Minyak Direman 4 Hari

Hina & Provok Anggota Polis

Lebih menimbulkan kemarahan orang ramai apabila dia yang masih meneruskan rakaman sewaktu memandu pergi bagaimanapun mula mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina anggota-anggota polis terbabit.

Namun pada 20 Julai lalu, pemuda berusia 29 tahun tersebut sudahpun ditahan pihak berkuasa di rumahnya, di sebuah apartmen di Bandar Sri Damansara, pada jam sekitar 10 malam.

Video sewaktu penahannya turut tular selepas ia dipercayai dimuat naik individu itu sendiri.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fahkrudin Abdul Hamid, menerusi satu kenyataan media kemudian memaklumkan polis akan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret, di sini, pada 21 Julai untuk siasatan lanjut.

Lelaki Rakam & Provok Polis Isu Tak Pakai ‘Face Mask’ di Stesen Minyak Direman 4 Hari

Direman Empat Hari

Terbaru, Mahkamah Majistret Petaling Jaya telah mengeluarkan perintah reman empat hari terhadap lelaki tersebut bagi membantu siasatan kes provokasi polis.

Mohamad Fakhrudin berkata reman terhadap bermula hari ini, 21 Julai sehingga Sabtu depan.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 188, 504, 505 (b) Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Lelaki Rakam & Provok Polis Isu Tak Pakai ‘Face Mask’ di Stesen Minyak Direman 4 Hari

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Mungkin Jadi Sebab Kenapa Bodyguard Ebit Lew Halang Nadir Untuk Rakam Video

“Fitnah Boleh Berlaku”- Ini 3 Teguran Ustaz Abu Syafiq Terhadap Sharnaaz Ahmad