in ,

Raja Afiq Mainkan Perasaan Wanita dalam LELAKI ITU PEMILIK HATIKU

Bermula dengan satu permainan, siapa sangka pelakon kacak Raja Afiq akan benar-benar jatuh hati dengan si kambing hitam yang menjadi batu loncatannya? Benarkah Raja Afiq bersikap serius untuk bercinta dengan Puteri Aishah? Ingin tahu jawapannya? Saksikan drama terbaharu TV3, Lelaki Itu Pemilik Hatiku menerusi slot Akasia, pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 7.00 malam untuk mengikuti perkembangan kisah ini.

Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Raja Afiq Mainkan Perasaan Wanita dalam LELAKI ITU PEMILIK HATIKU

Bersiaran selama 32 episod bermula 31 Oktober, drama adaptasi novel ini merupakan arahan saudara Zul Huzaimy Marzuki dibawah terbitan A. Aida Production Sdn. Bhd. yang mengetengahkan Raja Afiq DFKL dan Puteri Aishah sebagai tunjang utama dan dimantapkan lagi dengan barisan pelakon popular seperti Syazuwan Hassan DFKL, Julia Farhana Marin, Liza Abdullah, Jaja Illiyes DFKL dan Natasya Mahyan.

Lelaki Itu Pemilik Hatiku berkisar tentang Luqman (Raja Afiq DFKL), seorang anak orang kaya yang cuba memikat hati gadis bernama Nurin Karmila (Puteri Aishah) setelah dicabar oleh Andrea (Julia Farhana Marin), iaitu teman wanitanya sendiri. Andrea geram dengan sikap Luqman yang seakan-akan tidak serius dalam hubungan mereka.

Luqman sebenarnya berat hati untuk diijabkabulkan dengan Andrea, wanita pilihan orang tuanya itu. Bagi Luqman, cabaran ini merupakan peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang sentiasa mengongkong hidupnya.

Luqman dan Andrea telah menetapkan syarat untuk cabaran tersebut. Sekiranya, Luqman berjaya memenangi hati Nurin Karmila, mereka berdua akan putus hubungan. Namun, jika Luqman gagal untuk berbuat demikian, dia perlu mengahwini Andrea seperti diaturkan oleh ibu kedua-dua pihak.

Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Pada mulanya, Luqman menganggap bahawa mudah sahaja baginya untuk memikat Nurin Karmila yang berasal dari kampung itu. Ternyata anggapannya itu salah. Nurin Karmila paling ‘pantang’ berkawan dengan lelaki kaya, apatah lagi bercinta dengan lelaki seperti itu.

Siapa sangka, semakin Nurin Karmila membenci, semakin sayang Luqman padanya. Sayangnya, hati Nurin Karmila sudah terpaut dengan Aiman (Syazuwan Hassan DFKL), iaitu lelaki yang pernah menyelamatkan dia dari nafsu Luqman dahulu. Benarkah Luqman mencintai Nurin Karmila? Siapakah antara mereka yang akan memiliki hati Nurin Karmila?

Jangan lupa menonton Lelaki Itu Pemilik Hatiku gandingan hebat Raja Afiq dan Puteri Aishah dalam slot Akasia pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 7.00 malam hanya di TV3!

Drama bersiri ini juga dapat disaksikan di portal video www.tonton.com.my melalui langganan pakej tonton VIP. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube, Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Artis Terkenal Meriahkan Siaran Langsung Konsert Pesona

Scha Alyahya Dilantik Jadi Duta Jenama NeXT X1 dari Maxis