in ,

Lelaki Anti-Vaksin & Tak Pakai Mask & Hina Polis di Stesen Minyak Berjaya Ditahan

Lelaki yang viral videonya tidak memakai pelitup muka ketika berada di sebuah stesen minyak, di sini, dan mempertikai tugas polis serta mengeluarkan kata kesat sudah ditahan polis, malam tadi.

Terdahulu video berdurasi 15.42 minit itu menunjukkan seorang lelaki yang singgah di stesen minyak untuk mengisi minyak kereta didatangi anggota polis selepas dia tidak memakai pelitup muka.

Malah video itu turut tular di media sosial selepas dia enggan memakai pelitup muka dan mendakwa dirinya ada membaca kajian yang menjelaskan memakai pelitup muka boleh dijangkiti bakteria.

Malah ketika sedang dikompaun, dia menyuruh anggota polis membuat carian di internet mengenai isu vaksin yang didakwanya adalah satu penipuan.

Dia turut dikenakan kompaun kerana ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan Covid-19.

Petrol Stesen Viral

Namun ketika berada di dalam kereta selepas dikompaun, lelaki terbabit yang masih merakam video itu turut mempertikaikan tugas polis dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Susulan viralnya video itu di media sosial, polis kemudian mengesan suspek sebelum menahannya malam ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan penahanan suspek dan akan mengeluarkan kenyataan media nanti.

Tak Pakai Mask, Tak Ambil Vaksin & Provok Anggota PDRM. Lelaki Ini Akhirnya Disaman

Kita semua tahu, kehidupan norma baharu dengan wujudnya pandemik Covid-19 ini memaksa setiap individu di seluruh negara untuk mematuhi SOP yang ditetapkan.

Suka atau tidak, ianya perlu dipatuhi dan diikuti dengan harapan dapat mengekang penularan virus merbahaya ini.

Antaranya adalah memakai pelitup muka (mask) ketika berada di tempat awam. Tak susah pun, pakai je. Bila dah masuk dalam rumah atau kereta persendirian, boleh buka.

Baru-baru ini telah tular di mana satu video yang menunjukkan seorang remaja lelaki telah disaman atas tuduhan tidak memakai pelitup muka di tempat awam, provok pihak PDRM serta menghalang mereka melakukan tugas.

Video tersebut telah dirakamkan sendiri oleh remaja berkenaan bertujuan untuk memberitahu orang ramai tentang kejadian yang menimpanya ketika itu.

Petrol Stesen Viral

Malah, apabila ditanya sama ada dirinya sudah mengambil suntikan vaksin atau belum – dia memberitahu pihak berkuasa bahawa dia tidak mahu mengambilnya kerana vaksin adalah bahaya.

Dia turut menyatakan bahawa dia telah melakukan ‘research’ secara mendalam mengenai vaksin.

Dia malah menyuruh pihak berkuasa untuk melakukan ‘research’ tentang vaksin.

Malangnya, pihak berkuasa menyatakan mereka sudahpun selesai mendapatkan vaksin.

Ditahan pihak berkuasa

Update terbaru telah menunjukkan bahawa remaja tersebut telah ditahan oleh pihak berkuasa di rumahnya di atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Malah, dia turut merakamkan video ketika rumahnya didatangi pihak PDRM.

Pihak PDRM menyatakan kepadanya bahawa siasatan lanjut akan dilakukan kerana telah menularkan video di stesen minyak ketika disaman oleh pihak berkuasa gara-gara tidak memakai pelitup muka.

Menurut laporan Berita Harian, perintah reman sehingga Sabtu ini dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Iskandar Zainol terhadap suspek berusia 29 tahun itu.

Suspek yang bekerja sebagai ejen insurans ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 188 dan 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan multimedia.

Untuk pengetahuan anda semua, perkara yang diberitahu oleh lelaki ini adalah tidak benar sama sekali.

Setiap vaksin – tidak kisah sama ada Sinovac, AstraZeneva, CanSino atau Sputnik V, ianya adalah vaksin yang diluluskan oleh NPRA.

Malah, syarikat-syarikat antarabangsa mengakui NPRA paling tegas dan ketat di dunia. Sememangnya NPRA terkenal di peringkat antarabangsa kerana tegas dan tidak bertolak ansur dengan mana-mana syarikat farmaseutikal yang gagal mematuhi syarat-syarat ketat yang telah ditetapkan.

Vaksin diberikan untuk mengawal penularan penyakit Covid-19. Semakin ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit Covid-19 yang lebih teruk.

Secara tidak langsung ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak menerima vaksinasi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ustaz Ebit | 23

Nadir Buka Rahsia Apa Yang Tak Kena Dengan Misi Bantuan Ustaz Ebit Lew Ke Gaza

Johan Raja Lawak Ozlyn Wati | 24

Ibu Ozlynn Wati, Ibu Mertua Johan Meninggal Dunia