in

Legasi Tari Piring Minagkabau Dalam DUNIA TERSEMBUNYI

Senitari yang berusia 800 tahun menjadi lambang warisan kaum Minangkabau masih wujud dan dibanggakan di daerah Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia. Tari Piring ini dahulunya dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran kepada Sang Dewa atas limpahan rezeki menerusi tanaman padi. Kini, tarian ini dikekalkan untuk memelihara budaya dan kesenian etnik Minangkabau.

Dalam kelembutan tarian ini beserta kecekapan penarinya mengimbangi piring-piring berlilin itu, terselit juga beberapa kejutan dimana piring-piring itu akhirnya akan dipecahkan ke tanah dan dipijak berkali-kali.

Dunia Tersembunyi

Pada dasarnya, aksi ini turut dapat ditonton dalam persembahan tari piring di Negeri Sembilan. Dimana aksi menari dan memijak kaca ini hanya ditarikan oleh golongan remaja dan belia. Namun, kru Dunia Tersembunyi lebih teruja dan tergamam menyaksikannya di Bukittinggi, Sumatera kerana aksi ini turut melibatkan kanak-kanak etnik Minang.

Menurut penulis dan penerbit Dunia Tersembunyi, Encik Mohd Raziff:

“Difahamkan seawal usia 7 tahun, kanak-kanak diberi pendedahan seni budaya tradisi khususnya tarian etnik Minang. Justeru, tidak hairanlah apabila mereka mampu melakukan aksi berbahaya dalam tari piring seperti golongan remaja dan belia. Terselit juga persoalan, benarkah tanggapan penari tari piring dibekalkan kekebalan berunsur mistik untuk melakukan aksi berbahaya tanpa sebarang kecederaan.”

Dunia Tersembunyi

Etnik Minangkabau sentiasa memastikan kelestarian budaya dan tradisi yang dimiliki. Malah, seakan menjadi kewajipan kepada anak-anak muda di tanah minang mewarisi apa yang telah ditinggalkan oleh generasi terdahulu.

Minangkabau atau turut dikenali Urang Awak antara etnik yang mendominasi populasi di Sumatera. Mencakupi beberapa suku di dalamnya, taburan populasi etnik ini dicatat dari barat daya Acheh sehingga ke selatan pulau ke enam terbesar dunia ini. Malah, etnik ini turut melatari sosio budaya masyarakat di Malaysia.

Untuk menyaksikan keunikan Tari Piring Minangkabau ini, saksikannya secara eksklusif di TV3, saluran 103 kerana segalanya bakal dipertontonkan kepada anda menerusi episod Legasi Tari Piring dalam Dunia Tersembunyi, pada Sabtu ini, 7 Febuari 2015, jam 11.00 malam.

Dunia Tersembunyi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ezad Exist Mengaku Salah Miliki Syabu

EXPEDIA Offer Travellers More To Love This Valentine’s Day