in , ,

Jom Tonton! Lebih K-Drama & K-Filem Terhangat Di Astro Pada Mei Ini 

Semua peminat program Korea boleh menikmati lebih banyak K-drama dan K-filem terhangat termasuk drama misteri, aksi yang mendebarkan, kekeluargaan dan lagi pada Mei ini di Astro melalui tvN (Saluran 395 HD), KBS World (Saluran 392 HD) dan tvN Movies (Saluran 416 HD).

Peminat juga boleh strim episod-episod yang disediakan di On Demand dan Astro GO, pada bila- bila masa, di mana sahaja.

Peminat boleh menyaksikan tayangan perdana K-drama terhangat, termasuk:Drama romantik Eve, ditayangkan 24 jam selepas Korea, menampilkan Seo Yea-ji, Park Byung-eun, Lee Sang-yeob dan Yoo-sun, bermula 26 Mei, di tvN (Saluran 395 HD).

Drama romantik dan kekeluargaan Gold Mask, ditayangkan pada sama minggu dengan Korea, membariskan Cha Ye-Ryun, Na Young-Hee dan Lee Whee-Hyang, bermula 30 Mei, di KBS World (Saluran 392 HD).

Collage image

Drama romantik Now, We Are Breaking Up, menampilkan Song Hye Kyo, Jang Ki Yong dan ramai lagi, bermula 11 Mei, disediakan menerusi On Demand dan Astro GO. 

Peminat boleh juga menikmati K-filem terbaharu ditayangkan pada Mei:

Filem komedi dan kekeluargaan Sinkhole, menampilkan Cha Seoung-Won, Kim Sung- Kyun, Lee Kwang-Soo dan Kim Hye-Jun pada 15 Mei, di tvN Movies (Saluran 416 HD). 

Filem aksi mendebarkan dan misteri Hard Hit, dibintangi oleh Jo Woo-Jin, Lee Jae-In, Jin Hyung dan Ji Chang-Wook, pada 21 Mei, di tvN Movies (Saluran 416 HD). 

Filem romantik-drama A Year-End Medley, menampilkan Jan Ji-Min, Lee Dong-Wook, Kang Ha-Neul dan ramai lagi, pada 28 Mei, di tvN Movies (Saluran 416 HD). 

Senarai Program Menarik:

Eve

Eve [24 jam selepas Korea] [Tayangan Perdana] 

26 Mei, Khamis & Jumaat, 9.15 malam
tvN (Saluran 395 HD), On Demand & Astro GO 

Menggambarkan kisah kes tuntutan penceraian bernilai 2 trilion yang mengejutkan seluruh negara, di mana, di tengah-tengah tuntutan mahkamah muncul Lee Ra-el, anak perempuan keluarga chaebol dengan daya tarikan yang menggerunkan. 

Gold Mask

Gold Mask [Sama Minggu Dengan Korea] [Tayangan Perdana]

30 Mei, Isnin – Jumaat, 8.25 malam
KBS World (Saluran 392 HD) 

Yoo Soo-Yeon dibesarkan dengan ibu bapa seperti biasa. Dia jatuh cinta dengan seorang lelaki dari keluarga chaebol dan telah berkahwin dengannya. Kehidupannya seolah-olah mencerminkan Cinderella dan dia dicemburui oleh orang lain, tetapi hidupnya tidak mudah kerana layanan buruk yang diterima daripada mentuanya. 

Now, We Are Breaking Up

Now, We Are Breaking Up 

11 Mei | Strim pada bila-bila masa di On Demand and Astro GO 

Kisah cinta dan perpisahan, dalam konteks industri fesyen. Ikuti pasangan (Song Hye Kyo dan Jang Ki Yong) semasa mereka hidup bersama dan berpisah antara satu sama lain. 

Sinkhole

Sinkhole [Tayangan Perdana] 

15 Mei, Sabtu, 10 malam
tvN Movies (Saluran 416 HD), On Demand & Astro Go 

Dong-won akhirnya mencapai impian untuk membeli rumah di Seoul selepas 11 tahun membuat simpanan. Terharu dengan kegembiraan, dia menjemput rakan sekerjanya ke pesta perasmian rumah, tetapi hujan semalaman yang lebat membawa kepada lubang benam yang besar dan dalam masa satu minit, ia menelan seluruh apartmen dan orang di dalamnya sehingga beratus-ratus meter ke bawah lubang. Dong- won, jirannya Man-su, dan tetamu yang hadir perlu mencari jalan keluar. 

Hard Hit

Hard Hit [Tayangan Perdana] 

21 Mei, Sabtu, 10 malam
tvN Movies (Saluran 416), On Demand & Astro GO 

Sung-gyu, seorang pengurus bank, dalam perjalanan ke kerja bersama 2 anaknya apabila dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak diketahui. Pemanggil mendakwa bahawa Sung-gyu sedang duduk di atas bom dan memberi amaran bahawa apabila dia bangun dari kerusi, bom itu akan meledak! 

A Year-End Medley

A Year-End Medley [Tayangan Perdana] 

28 Mei, Sabtu, 10 malam
tvN Movies (Saluran 416), On Demand & Astro GO 

Daripada cinta pertama yang janggal hinggalah kepada kawan dan cinta yang telah lama dilupakan, sebuah melodrama yang menyentuh hati dan romantik tentang 14 individu yang sedang jatuh cinta di Hotel Emross pada Malam Tahun Baru. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

Penerbangan Air New Zealand Kini Tersedia Di airasia Super App

NOIR

Noir Pergiat Aktiviti Kebajikan Sepanjang Ramadan Tahun Ini