in , , ,

Layla Sania Wakil Malaysia di TikTok Music Night Asia Love Edition

Setelah melancarkan single yang berbahasa Mandarin yang berjudul “BY YOUR SIDE” duet bersama Uriah See yang mendapat sokongan dari ramai peminat dan pendengar, kini Layla Sania mengorak langkah muncul di TikTok Music Night Asia “Love Edition”.

Layla Sania merupakan satu-satunya penyanyi yang mewakili Malaysia dalam program ini. Antara artis yang bakal muncul dalam TikTok Music Night Asia “Love Edition” ini adalah Pink Sweats, Noah, Afgan dan barisan antarabangsa.

TikTok Music Night Asia “Love Edition” adalah konsert live yang bakal diterajui oleh selebriti dari Korea, Singapore, Indonesia, Filipina, Thailand, Malaysia, Vietnam, Korea Selatan, Jepun dan Taiwan.

Layla Sania Wakil Malaysia di TikTok Music Night Asia Love Edition

Konsert ini juga bakal menampilkan Pink Sweats dan Max dari Amerika Syarikat.

Konsert ini bakal diadakan pada 18 FEBRUARI 2021 (KHAMIS), JAM 7.30 MALAM di akaun @TikTokEntertainment_MY.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Isu Depresi Dalam Telemovie RUJUK Lakonan Rosyam Nor

Salam Takziah, Ibu Radin ERA Meninggal Dunia