in

Ini Sebab Lagu LAVIDA RAYA Trending No. 1 di Youtube Malaysia

Tahniah Budiey ucapkan buat DSV, lagu Lavida Raya nyanyian Dato Seri Vida (DSV) telah menjadi trending top 1 di laman Youtube dalam tempoh masa 18 jam dan sudah mencecah sebanyak 250K views. Pastinya ada sebab musabab kenapa lagu ini cepat mendaki tangga trending di Youtube. Korang rasa? Budiey tengok pada malam pelancaran tu, DSV ada menangis dalam video di Instagram. Adakah tangisan itu terjadi selepas DSV membaca komen-komen hencapan dan kecaman daripada haters di ruangan komen? Hmm… mohon jauhi segala negativity ya DSV.

Lagu yang baru sahaja rilis 1 June 2018, telah mendapat perhatian orang ramai kerana lagunya yang ‘catchy’ dan rancak itu membuat para pendengar ingin menyanyi dan turut sama menari.

Kali ini beliau memilih untuk menghasilkan muzik video Lavida Raya di kediamannya dan menggunakan penari dari kalangan kenalan sendiri serta dua orang anaknya iaitu Cik B dan Kacak sebagai watak utama.

Menurut DSV gaya tarian di dalam muzik video itu adalah hasil idea Cik B dan beliau sendiri kerana ingin menceriakan suasana hari raya semua peminat dan para pendengar apabila sahaja menonton muzik video ini.

Bersempena dengan pelancaran muzik video Lavida Raya di laman Youtube semalam beliau akan memberikan hadiah bernilai RM100 serta barangan peribadi miliknya setiap hari selama seminggu kepada para peminatnya.

Jadi jangan lepaskan peluang ini dan terus share muzik video #lavidaraya di akaun media sosial serta komen terbaik akan di pilih sebagai pemenang!

Terima kasih di ucapkan kepada yang terlibat bagi menjayakan muzik video Lavida Raya! Tidak lupa juga kepada semua staff, keluarga & para sahabat.

Video arahan: DSV dibantu oleh Cik Anis
Cameraman: Iqbal
Offline editing: Nasiff
Watak utama Cik B & Kacak

Link Youtube : Lavida Raya – Dato Seri Vida

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Menarik Tentang Lagu SEMALAM SAHUR DI MANA Andi Bernadee

Viu Umumkan Original Series Indonesia Terbaru SUNSHINE