in , ,

Lauk Kampong Kamek Tonjol Makanan Unik Orang Sarawak di TV Okey

Mi Kolok, Manuk Pansuh, Laksa Sarawak dan Umai. Sekadar menyebut beberapa menu menyelerakan yang sinonim dengan hidangan istimewa dan unik dari Sarawak, Bumi Kenyalang.

Bagi anak-anak jati Sarawak yang merantau ke Semenanjung, kerinduan terhadap makanan tradisional bumi asal seperti ini pastinya sentiasa hadir di hati mereka.

Justeru RTM mengajak penonton menyaksikan program travelog masakan terbaharu “Lauk Kampong Kamek”, yang menonjolkan makanan unik orang Sarawak mulai 22 November ini, setiap Selasa, pukul 11.00 pagi di TV Okey. 

Menerusi program ini bukan sahaja dapat memenuhi terujaan anak-anak Sarawak dalam berkongsi menu tradisional kegemaran mereka tetapi pada masa sama turut memperkenalkan pelbagai tradisi serta budaya negeri berkenaan termasuk makanan kepada rakyat Malaysia di Semenanjung.

Poster Lauk Kampung Kamek

Setiap kumpulan etnik di Sarawak mempunyai gaya yang berbeza untuk menyiapkan, memasak, mengawet dan memakan gaya makanan. Orang Ulu misalnya, mengawet daging, ikan dan sayuran yang disebut “mengasam”. Iban memasak dan memakan lulun, beras yang dimasak dalam buluh. Selain itu, kaedah memasak tradisional orang Iban juga dipanggil pansoh atau pansuh, iaitu memasak makanan dalam tiub buluh. Khazanah makanan ini juga menyumbang kepada keunikan masakan Sarawak.

Bersama-sama hos Maymay Fung, program 13 episod ini mengembara ke kampung-kampung yang terletak di Sarawak untuk meneroka keistimewaan dan keunikan yang terdapat di sana di samping berkongsi resipi-resipi makanan yang popular di situ.

Setiap episod akan memaparkan lokasi menarik dan resipi istimewa untuk penonton. Episod pertama akan membawa anda ke Kampung Santubong dengan memperkenalkan resipi  Tempoyak Goreng bersama Udang Masak Kulat.

Bagi episod seterusnya pula Maymay Fung berada di Kampung Muda Hashim dan memasak Terubuk Masin Masak Nanas bersama Kerabu Telur Terubuk Masin. Menyusul episod dimana akan memperkenalkan resipi berasaskan rebung iaitu Rebung Masak Manis Buah Pelajo bersama  Acar Rebung di Kampung Boyan. 

Lokasi-lokasi menarik yang lain ialah di Kampung Haji Baki, Kampung Semariang Batu dan Kampung Bako. Luangkan masa berkongsi resipi istimewa dibawakan khas dari Bumi Kenyalang ini di TV Okey. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tony Fernandes Airasia-2020

AirAsia X Kembali Terbang Ke Gold Coast, Tambah Rangkaian Australia

Sherry | 18

All Together Now Malaysia Bersama 50 Juri Kembali Untuk Musim Ke-2