in ,

Laugh Factory Saman Harith Iskander RM40 juta

Pelawak Harith Iskander berhadapan dengan saman berjumlah AS$10 juta (RM40 juta) yang dikemukan oleh pihak penganjur pertandingan Funniest Person in the World yang diadakan pada 2016.

Saman itu difailkan oleh syarikat Laugh Factory sebagai saman balas selepas Harith Iskander memfailkan saman terhadap pihak tersebut atas dakwaan gagal melunaskan bagi wang kemenangannya berjumlah AS$70,000 (RM280,000) daripada AS$100,000 (RM400,000) selepas menjuarai pertandingan itu.

Laugh Factory dalam saman tersebut meminta ganti rugi berhubung pelanggaran cap dagangan, penyelewengan rahsia perdagangan, pelanggaran kontrak, persaingan tidak adil dan gangguan disengajakan dengan kelebihan ekonomi calon.

Harith Iskander

Syarikat itu turut memohon mahkamah membatalkan keuntungan Harith dan ganti rugi punitif.

Menerusi dokumen mahkamah seperti dilaporkan Hollywood Reporter, Harith didakwa menciplak rahsia perdangan manakala pemilik Laugh Factory Jamie Masada mendakwa pelawak itu yang mendekati pihaknya untuk menyertai pertandingan itu.

Jamie mendakwa Harith menghubungi wakil Laugh Factory yang bertanya tentang membawa jenama itu ke Asia selain berhubung pertandingan tersebut.

Pihaknya turut menyangkal melanggar sebarang perjanjian yang dibuat dengan Harith sebelum ini.

Harith Iskander

Pihaknya turut menyangkal melanggar sebarang perjanjian yang dibuat dengan Harith sebelum ini.

Dalam kertas tuntutan itu, Jamie turut mendakwa, Harith menawarkan untuk membuka kelab-kelab Laugh Factory di Kuala Lumpur, Singapura dan Jakarta selain mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah ‘silent partner’ dalam perniagaannya.

Bagaimanapun usaha itu tidak pernah dilaksanakan dan pihak Laugh Factory mendakwa ia adalah penipuan.

Harith Iskander

Rabu lalu, Hollywood Reporter melaporkan Laugh Factory yang juga pihak penganjur pertandingan itu memfailkan saman berkenaan pada 27 Februari lalu di mahkamah di California, Amerika Syarikat.

Laugh Factory menuntut ganti rugi atas dakwaan pelanggaran cap dagangan, penyelewengan rahsia dagangan, pelanggaran kontrak, persaingan tidak adil dan gangguan yang disengajakan dengan kelebihan ekonomi calon.

Selain itu, penganjur turut memohon supaya mahkamah membatalkan keuntungan Harith dan ganti rugi punitif.

Menurut penganjur, mereka memaklumkan secara bertulis kepada Harith bahawa pemenang pertandingan ‘mesti membuat 10 perjalanan berjadual ke Amerika Syarikat’ untuk membuat persembahan dan wang kemenangan AS$100,000 akan dibayar sebanyak 10 kali.

Bagaimanapun, Harith dikatakan gagal berbuat demikian selain menipu untuk menang.

Dalam pada itu, pemilik Laugh Factory, Jamie Masada mendakwa Harith menawarkan untuk membuka kelab Laugh Factory di Kuala Lumpur, Singapura dan Jakarta.

Jamie turut mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah rakan kongsi senyap dalam perniagaan Harith.

Sementara itu, Harith dalam kenyataannya menerusi Facebook berkata, dakwaan mengaitkan dirinya dengan Najib adalah tidak benar.

“Dakwaan itu sama sekali tidak benar. Saya serahkan perkara ini kepada pasukan peguam untuk mengendalikannya,” katanya.

Harith berkata, dia tidak mampu mengawal sebarang desas-desus serta penyebaran tuduhan tidak berasas dan akan mengambil tindakan terhadap individu yang berbuat sedemikian.

“Saya hanyalah pelawak dari Malaysia yang niatnya ingin membuat negara bangga atas kemenangan dalam pertandingan peringkat antarabangsa.

“Saya sekadar menuntut hak kemenangan seperti yang dijanjikan. Tiada lebih, tiada kurang. Pada tahap ini, saya sebenarnya sudah membelanjakan lebih daripada apa yang diterima,” katanya.

Harith Iskander dilihat tak berdia diri dan telah memberi resopn balas terhadap saman berkenaan.

Pelawak ini telah tampil menafikan tuduhan mengaitkan dirinya dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak.

Dakwaan mengatakan DS Najib Razak adalah silet partner Harith Iskander adalah sama sekali tidak benar dan beliau akan menyerahkan saman itu kepada peguamnya.

Kata Harith, dia tidak dapat mengawal sebarang dakwaan dan tuduhan tidak berasas terhadapnya dan menjelaskan dia hanya menuntut haknya sahaja iaitu wang yang patut dimenanginya dari pertandingan stand up comedy.

Ini kata Harith:

“Saya cuma seorang pelawak dari Malaysia yang hanya berniat untuk membuatkan negara saya berbangga dengan memenangi pertandingan antarabangsa dan saya cuma meminta hak yang dijanjikan sebagai pemenang. Tidak lebih, tidak kurang.

“Pada tahap ini sebenarnya saya sudah membelanjakan lebih daripada apa yang saya terima. Saya tetap dengan dengan fakta dan tidak dapat mengawal sebarang gosip dan sebarang penyebaran tuduhan tidak berasas,”

– Harith Iskander

Ini status penuh dari Harith di laman FB miliknya:

Wow. This case has quickly escalated to a different level

After bringing a case against Laugh Factory to pay me USD70,000 still owed to me for winning their competition … and now according to this article Laugh Factory say that I claimed Najib Razak was a ‘silent partner’ in my business – a statement that is absolutely false and I will leave it to my legal team/the professionals to handle this.

I don’t know quite how to react but it caused everyone around me to burst out in laughter.

I’m just a stand up comedian from Malaysia who’s only intention was to make my country proud by winning an international competition and I am merely asking for what was promised to me as the winner – nothing more, nothing less. (And at this point I have actually spent more than I recieved)

I will just stick to the facts and I cant control others rumour mongering and spreading false accusations. We will take action against those who do.

I trust the justice will prevail.

– Harith Iskander

Sumber: Harian Metro & FB Harith Iskander


Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Uqasha Senrose Tambah Berat Badan Demi Watak dalam SAYA JUAL YE BANG

Gambar Sekitar Acara Pelakon TRIPLE FRONTIER Bersama Peminat di Singapura