in ,

Lara Hati Amira Lakonan Almy Nadia Dalam CERMIN KASIH AMIRA

Berkongsi konflik dihadapi gadis bernama Amira yang tersepit antara kasih sayang kepada ayah yang banyak berkorban membesarkannya atau memilih meneruskan hubungan cinta dengan lelaki berbangsa Cina, Daniel, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan drama bersiri terbaharu bertajuk “Cermin Kasih Amira”.

Mengisi slot Galeri Famili menerusi saluran TV2, 13 episod drama rantaian ini disiarkan mulai 17 Februari ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 1.00 petang.

Mengetengahkan pelakon utama Almy Nadia juga dibantu oleh Mahmud Ali Basha, Roy Azman, Oshen, Farid Wari, Nor Albaniah, Maria Farida dan Priya Kalpana.

Ia mengisahkan lantaran kesempitan hidup kerana bankrap dikhianati kawan baik sendiri, Amira terpaksa merelakan pemergian ibunya Laila yang mengambil jalan mudah untuk mengejar cita-citanya dan meninggalkan Amira dan ayahnya, Heykal. Amira terkejut kerana ibunya sanggup meninggalkan dia. Laila pergi mengejar impian dan ayahnya bertungkus-lumus membesarkannya dengan pelbagai dugaan.

babak mengisi drama bersiri Cermin Kasih Amira

Dalam keperitan Heykal membesarkan Amira, dia dibantu oleh Sathiya, bekas pekerjanya yang bersimpati dengan nasib Heykal. Sathiya dan istrerinya Ratna sering menjadi tempat Heykal mencurah isi hatinya, biarpun berlainan agama, Sathiya amat menghormati pegangan hidup kawan muslimnya itu.

Bermula dengan hanya menjaja roti dengan motosikal, ayahnya berusaha sedaya mungkin untuk terus maju. Keperitan hidup dan ketabahan ayahnya membesarkan dirinya turut mendapat simpati daripada seorang janda bernama Khuzaimah, seorang peniaga sayur di sebuah pasar pagi. Khuzaimah banyak membantu untuk menjaganya.

Dari hasil titik peluh ayahnya, Amira berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Dan kini ayahnya telah menjadi seorang usahawan yang berjaya. Heykal memiliki sebuah kilang roti dan perniagaannya mendapat sokongan dan bantuan daripada Sathiya dan Ratna serta Khuzaimah, yang kini menjadi ibu tirinya. Amira tahu apa yang ayahnya usahakan sejak sekian lama telah mendatangkan hasil yang cukup membanggakan. Dia telah memiliki segala-galanya, kehidupan mewah dan keluarga yang bahagia. Kini tiba masanya untuk Heykal melihat Amira berumahtangga.

Ketika di universiti, Amira telah ditunangkan dengan Kamal yang juga pekerja kesayangan Heykal. Amira menolak pernikahan yang telah sekian lama dirancang. Rahsia yang terpendam dilubuk hati Amira akhirnya terbongkar, Amira telah jatuh cinta dengan Daniel, pelajar Cina yang sama-sama belajar dengannya di univesiti.

Ketika di universiti, Amira sering mendapat surat, hadiah dan bunga daripada seseorang yang tidak pernah dikenalinya. Setelah pengajian hampir tamat barulah Amira tahu bahawa lelaki tersebut adalah Daniel yang telah lama menaruh hati padanya tapi malu untuk menyatakannya.

Setelah meluahkan perasaannya, Daniel mengetahui bahawa Amira sudah bertunang dengan Kamal. Namun Daniel tetap mahu Amira menjadi kekasihnya biarpun untuk sementara waktu. Sepanjang menjadi pasangan ‘kekasih sementara’ itulah banyak perkara yang mereka lalui bersama dan ini cukup mengembirakan Daniel. Dan ketika inilah, Daniel mengambil keputusan untuk memeluk Islam.

Setelah tamat pengajian, Daniel sedar bahawa itulah masanya dia terpaksa melepaskan Amira. Daniel kemudian dengan berat hati memutuskan ‘perhubungan” mereka. Tanpa disedari Amira juga sebenarnya berat hati untuk berpisah dengan Daniel namun Amira sedar dia tidak sepatutnya berperasaan begitu. Amira kemudian memperkenalkan Kamal kepada Daniel. Kamal terkejut kerana Daniel adalah sahabat karibnya ketika dibangku persekolahan.

Kamal meminta Daniel berterus-terang demi persahabatan mereka. Akhirnya Daniel terpaksa berterus-terang tentang “hubungan sementara” dengan Amira. Daniel agak tertekan dengan situasi tersebut disebabkan rasa cintanya pada Amira dan juga persahabatannya dengan Kamal. Lebih tertekan, Kamal memutuskan persahabatan mereka biarpun Daniel sedia menjauhkan diri.

Kisah cinta Amira dan Daniel begitu menghancurkan hati Heykal. Amira dianggap anak yang tidak mengenang budi kerana sanggup memalukannya. Demi kasihnya pada Heykal, Amira pernah cuba untuk mengalah. Apa lagi Daniel juga sanggup berkorban cinta asal keluarga Amira tidak porak peranda kerananya. Namun kata-kata cacian dan hinaan Heykal terhadap ibunya Laila membuatkan Amira nekad melarikan diri. Amira begitu terluka apabila Heykal menyamakannya dengan ibunya Laila. Kamal yang mulanya gembira kerana Amira bersedia menurut kemahuan ayahnya, kini kembali dilanda dilema dan sakit hati. Kamal menuduh Daniel yang melarikan Amira.

Apakah kisah sebenar yang terjadi antara Heykal dan Laila yang membuatkan Laila terpaksa meninggalkan Amira? Kenapa Amira terpaksa merahsiakan kewujudan Laila dan begitu menghargai Laila? Siapakah Khuzaimah dan apakah kisah silamnya yang membuatkan dia meraung memohon keampunan daripada Zaleha? Dan di manakah noktahnya kasih Amira dan Daniel?

babak dalam Cermin Kasih Amira

poster drama bersiri Cermin Kasih Amira

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sazzy Falak & Nazril Idrus Ke Tanah Suci Tunai Umrah

Nadia AF6 Bertunang Dengan Hafiz Hamdan April Ini