in , ,

Dituduh Pukul Loca B, Laporan Polis Sudah Dibuat, Ini Kenyataan Rasmi Tuju K-Clique

Baru-baru ini, muncul gosip terbaru menyatakan salah seorang ahli kumpulan K-Clique, Tuju, didakwa membuat kekasaran kepada kekasihnya, Loca B.

Ekoran daripada isu yang timbul ini, Tuju atau nama sebenarnya Muhammad Azree Shah Awang Zamri tampil menjelaskan situasi sebenar berkenaan isu tersebut yang mana turut menjejaskan nama baiknya. Akui Tuju, dia sedia maklum dengan penulasan kes tersebut namun dia mengambil pendekatan untuk tidak memberikan sebarang komen lanjut untuk tidak memudaratkan keadaan.

Tuju K-Clique Loca B

Malah dia turut memohon maaf kerana tidak dapat menjawab panggilan daripada pihak media dan rakan-rakan yang cuba menghubunginya kerana mahu fokus pada album solo dan juga lagu bersama K-Clique.

Di kesempatan itu, Tuju berkata akan serahkan kes ini pada pihak polis selain mendoakan agar segalanya akan dipermudakan termasuk mendoakan Malaysia dihindari sepenuhnya dari wabak covid-19.

Merujuk kepada isu yang digembar-gemburkan sejak beberapa hari yang lalu, saya, Azree, atau lebih dikenali sebagai Tuju, yang merupakan salah seorang dari ahli kumpulan K-Clique, ingin menjelaskan situasi sebenar kepada umum berkenaan isu yang tular mengenai diri saya di media sosial.

Berikut merupakan antara penjelasan saya mengenai isu yang tular dan menjejaskan nama baik saya. Pada 2 hari lepas, saya mendapat tahu mengenai status yang dimuat naik oleh seseorang yang saya kenali. Saya enggan memberikan komen yang lebih lanjut untuk tidak memudaratkan keadaan. Walau bagaimanapun, sebagai salah seorang yang dikenali di dalam industri hiburan tanahair, saya akui saya perlu memberikan respon terhadap isu tersebut namun saya ingin meminta jasa baik semua agar bersikap rasional terhadap apa yang telah terjadi.

Sejak 2 hari lepas juga ramai pihak yang telah menghubungi saya terutama pihak media dan juga rakan-rakan dan saya memohon ampun dan maaf kerana tidak dapat memberikan respon atas sebab-sebab yang tertentu.

Buat masa ini saya ingin fokus kepada karier saya yang kini dalam proses untuk menghasilkan album solo dan juga lagu bersama K-Clique. Dan kini saya mengambil inisiatif dengan menyahut seruan kerajaan untuk duduk di rumah dan menghasilkan lebih banyak lagu untuk para peminat khususnya. Untuk makluman, pada hari ini juga, satu laporan polis telah dibuat untuk menyiasat beberapa status yang dimuat naik di media sosial yang berbaur fitnah dan mengaibkan nama saya.

Saya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kebenaran dan mendoakan agar segala kesulitan dipermudahkan Allah dan Malaysia dihindari sepenuhnya dari wabak covid-19. Terima kasih.

Azree; Tuju.

Sumber: Kenyataan Media Azree Tuju

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netizen Lancar Petisyen Vivy Yusof Letak Jawatan Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Siar Surat Tuntutan Cerai Aliff Syukri di IG, Permohonan Cerai Dah Lulus?