in ,

Laporan Majalah Forbes Katy Perry Dapat RM540Juta di Tahun 2015

Penyanyi Katy Perry muncul sebagai penyanyi dengan pendapatan tertinggi sepanjang 2015 lapor majalah Forbes. Pendapatan Katy, 30, dilaporkan sebanyak USD$135 juta (RM540 juta) hasil daripada penjualan album, konsert jelajah dunia di Australia, Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

katy perry

Setiap konsert, Katy menerima USD$2 juta (RM8 juta) selain pendapatan sebagai duta produk dan beberapa cabang perniagaan yang melibatkannya.

Kumpulan One Direction pula berada di tempat kedua dengan jumlah pendapatan USD$130 juta (RM520 juta).

Penyanyi Garth Brooks pula di tempat ketiga dengan USD$90 juta (RM360 juta) diikuti Taylor Swift USD$80 juta (RM320 juta).

Manakala teman lelaki Taylor, Calvin Harris turut dalam senarai 10 teratas dengan jumlah pendapatan USD$66 juta (RM264 juta).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bila Budak KL Masuk Kampung Dalam Drama ANAK IMAM ARGENTINA

Artis Popular Lelong Barangan Peribadi di Festival #KamiBersamamu