in , ,

Lancar Single YANG ASLI, Band Margasatwa Semakin Digemari Peminat Muzik Arus Perdana

Setiap orang mempunyai keunikan dan kecantikan yang tersendiri. Kita tidak harus menilai diri berdasarkan pendapat orang semata-mata.

Margasatwa yang dikenali sebagai sebuah band yang sering mencorakkan muzik nusantara ini disebut sebagai kumpulan yang mengimbangi permintaan pasaran dan kesenian mereka berkreatif meskipun menurut Syahir, “Kami hanya memainkan semua jenis muzik yang kami cinta dengan cara tersendiri. Tidak ada sebarang kumpulan pendengar yang kami sisihkan, baik arus perdana atau indie. Muzik Margasatwa untuk semua rakyat Malaysia.”

Muzik video lagu dengan judul Yang Asli bakal dikeluarkan di Youtube secara perdana pada 20 Mei 2021, jam 3 petang. Link video muzik berikut: https://youtu.be/0M5DSj20xM8 
ATAU taip di Youtube:Margasatwa – Yang Asli (Muzik Video Rasmi)

Setelah menjuarai Levi’s Music Project pada Disember 2020, Margasatwa telah mendapat geran RM20,000 untuk penggambaran video muzik untuk lagu baru mereka, Yang Asli.

Lagu Yang Asli membawa mesej yang cukup mudah difahami untuk segenap masyarakat iaitu “Mencintai diri sendiri terlebih dahulu, tanpa mempedulikan kata-kata orang lain.” 

Margasatwa

Margasatwa mengajak para pendengar untuk percaya dan yakin dengan keunikan diri sendiri, menjadikan diri lebih fokus dan bahagia dalam hidup sementelah mengejar impian masing-masing yang ternyata unik.

 “Anda terlalu berharga, kerana sudah pasti anda adalah satu-satunya anda dimuka bumi ini,”

– Kimal

Muzik video Yang Asli ini menceritakan tentang betapa skeptikal dan tipikal sesetengah orang dalam menilai seseorang hanya berdasarkan rupa. Namun individu tersebut kemudian bangkit dan membuktikan kebolehan dan keyakinan diri sebagai simbolik dari petikan lirik “Kecantikan tidak boleh diraih, kecantikan hanya dipelihara.”

Margasatwa

Selain dari penceritaan itu, Margasatwa turut mengetengahkan nilai fesyen yang unik. Salah satunya adalah material songket yang ditempah khas pada jaket Levi’s Fadhil (pemain gitar utama) dan pengayaan ala-ala 70an atau 80an sebagai identiti pada muzik video kali ini. 

Lancar Single YANG ASLI, Band Margasatwa Semakin Digemari Peminat Muzik Arus Perdana

Hasil arahan daripada Adriana Tunku yang turut mengarah muzik video pelbagai artis tanah air termasuklah Dato’ Siti Nurhaliza, juga juara AJL 35 – Gila nyayian Kaka Azraf, Noki dan LOKA B.

Margasatwa

Antara komen pendengar di Audio Rasmi lagu Yang Asli (boleh didengari di Youtube rasmi Margasatwa) yang menjadi tumpuan adalah:-

Tarmizi Husni

“Satu hari ni asyik dengar lagu ni je. Guitar riff ala 80s japanese rock berserta funk rhythm. Masuk pulak bassline dgn ketukan drum dan perkusi letup letup. Vokal kimal pulak mmg tak boleh dinafikan. Memang penutup 2020 terbaik dari @margasatwa.bunyi!”

Tobeng

Vibe macam sesuai untuk lagu tema animasi aksi. Ejen Ali, misalnya.

Mata Hati

“Lagu yang sangat fresh. Susunan muzik begitu bertenaga. Menaikkan mood jikalau mendengar. Para pemuzik memainkan peranan masing2. Setiap pemuzik margasatwa ada didalam tempat masing2 dan apabila bunyi bersatu seolah2 bunyi itu dapat dilihat. Dan last sekali utk mendapat 110% markah adalah suara sang penyanyi ibarat  menambah MSG didalam makanan. Cukup lazat. Margasatwa sebuah band yang hebat!”

Luk Ahmad

“Rasanya tak pernah lagi orang buat jambatan antara J-Rock dan psychedelic rock dengan buah tangan alam Melayu <3 PADU MARGASATWA, kita marga tenang <3”

Wan MDB

“Girlfriend aku selalu ajak gaduh benda remeh temeh bila aku dok like gambar kawan perempuan kat IG. Dia kata aku suka perempuan bermekap la, perempuan pakai tak cukup kain la bla bla bla macam-macam lagi la. Struggle jugak aku nak handle. Last-last lagu ni keluaq, aku apalagi terus hantar link bagi gf aku dengar.

“Harum mawar tiada pada gambarnya

Wajahmu bukan oh gambar semata-mata”

Alhamdulillah sekarang dah hilang dah sikit rasa insecure dia. Hari-hari siap main lagu ni. Harap gf aku sedar la yang dia sebenarnya cantik dan unik.. yang tersendiri! Yakinilah kecantikan muuu yang tersendiri! Ku melihat, ku melihat, ku melihat.. kau yang asli dudududu”

Margasatwa

Media sosial

Instagram: @margasatwa.bunyi

Facebook: @margasatwa.bunyi 

Twitter: @margasatwa

Website: Margasatwa.net

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Perbankan Islam Malaysia Terus Berkembang Pesat Tatkala Dunia Dilanda Pandemik

Empat Kali Langgar SOP, Netizen Buat Petisyen Mahu Hukuman Penjara Buat Neelofa