in , ,

Lamaran Romantis Aizat Amdan Dalam Single TEKAD

Hampir 12 tahun bergelumang dalam dunia seni, Aizat Amdan berjaya membina jenama muziknya sendiri. Sinonim dengan lagu-lagu cinta, penyanyi dan komposer yang mesra disapa sebagai Aizat ini bagaikan mempunyai sentuhan sakti dalam menghasilkan lagu hits bertemakan cinta.

Memiliki gaya tersendiri dalam bercerita tentang kisah cinta melalui lagu, Aizat pernah popular dengan beberapa lagu-lagu hits bertemakan cinta seperti ‘Hanya Kau Yang Mampu’, ‘Lagu Kita’, ‘Susun Silang Kata’, ‘Waktu’ dan ‘Sampai Ke Hari Tua’. Menerusi lagu popularnya ‘Sampai Ke Hari Tua’ yang sering menjadi lagu pilihan untuk dimainkan di majlis perkahwinan dan telah mencapai jutaan tontonan dan putaran di platform muzik digital membuktikan kejayaan formula muzik Aizat.

Bagi mengukuhkan lagi statusnya sebagai  penyanyi dan komposer lagu berunsur romantis, Aizat kembali dengan karya terbaharunya berjudul, “TEKAD”.  Lagu yang berkisar tentang seorang pencinta yang tekad untuk mengabadikan seluruh hidupnya buat sang kekasih menerusi ikatan perkahwinan. 

Aizat Amdan TEKAD

Mengulas tentang karya ciptaan penuhnya ini, Aizat berkata, 

Sekiranya ‘Sampai Ke Hari Tua’ sinonim sebagai lagu untuk orang yang bakal atau sudah berumahtangga. ‘Tekad’ ini saya tulis untuk menggambarkan hubungan bahagia yang membawa ke ikatan perkahwinan.

Susah nak jumpa lagu Melayu pasal lamaran ajak kahwin. Sebab itulah saya tulis lagu ‘Tekad’ ini agar ianya boleh digunakan untuk situasi sebegitu,”

“Saya berharap agar lagu Tekad ini bukan saja diterima baik oleh peminat dan mampu mengulangi kejayaan lagu-lagu yang pernah saya hasilkan sebelum ini.

Semoga dengan tema unik dalam lagu ini, ‘Tekad’ mampu kekal relevan dan menjadi lagu siulan pasangan bercinta sepanjang zaman,”

– Aizat Amdan
AIZAT AMDAN 15062020-1139213AIZAT AMDAN 15062020-1138943_final

“TEKAD” merupakan terbitan Kasi Gegar Entertainment dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar. 

Single ini boleh didapati dikesemua pelantar digital bermula 27 NOVEMBER 2020.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.theaizatamdan.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pendakwah Muda Didakwa Rogol, Polis Minta Mangsa Lain Tampil Buat Laporan

Nabila Razali Akui Sedih Hingga Dua Hari Menangis Gara-Gara Tak Nyanyi di SFMM35