in ,

“Lama Simpan Rahsia…” Video Elizabeth Tan Pakai Gaun Pengantin Buat Ramai Lelaki Makan Hati

Perkongsian pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan pada malam tadi telah mengejutkan ramai netizen apabila memuat naik video memakai busana pengantin berwarna putih seolah berada di majlis perkahwinan. Wah! Kalau betul Lizzy dah nak kawin, tahniah awal-awal kita ucapkan. Tapi kalau sekadar gimik pelaris produk, it’s okay… Lizzy tetap cantik dan menawan dengan gaun wedding ni.

Secara tiba-tiba, warganet heboh apabila pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan memuat naik video terbaru menerusi laman Instagram miliknya. Video berdurasi hampir 15 saat itu memaparkan Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy anggun mengenakan gaun berwarna putih sambil memakai vail di bahagian kepalanya.

Entri berkenaan jelas mengundang persoalan sama ada penyanyi lagu Semua Sudah itu bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Susulan perkongsian itu juga, ramai peminatnya tertanya-tanya adakah Elizabeth mahu berkahwin atau hanya gimik semata-mata.

Elizabeth Tan

Bagaimanapun tidak kurang yang membuat andaian bintang cantik ini bakal mengeluarkan single baru yang akan diumumkan hari ini. 

Dalam entri tersebut, Elizabeth turut mengatakan dia sudah lama menyimpan rahsia tersebut dan akan umumkan esok kepada umum.

Meskipun tidak diketahui video tersebut mengenai apa, namun rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Elizabeth.

“Dah lama simpan rahsia ni. Besok (hari ini) Lizzy akan announce okay,”

– Elizabeth Tan

Menerusi video tersebut, kelihat juga sosok tubuh seorang lelaki yang menjadi tanda tanya ramai.

Malah, ramai peminatnya terutama di kalangan lelaki terkejut dan kecewa melihat perkongsian berkenaan dan tertanya adakah benar Elizabeth akan berkahwin. Tidak kurang juga ada yang mengatakan video tersebut mungkin ada kaitan dengan single terbarunya penyanyi tersebut.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis menzahirkan rasa teruja selain turut tidak sabar menantikan apakah pengumuman yang bakal dibuat Lizzy.

Malah tidak kurang yang turut meninggalkan respon seolah-olah ‘kecewa’ dengan entri yang sudah mendapat lebih 300,000 tontonan itu. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Saluran Pernafasan Sempit, Alahan Makin Teruk, Dj Lin Mungkin Salah Makan Ubat

Siti Nurhaliza Tersenarai Lagi! 500 Individu Muslim Berpengaruh Dunia 2021