in , ,

Lagu Siti Nurhaliza AKU BIDADARI SYURGAMU Cipta Sejarah

‘Aku Bidadari Syurgamu’ adalah lagu latar atau lagu runut bunyi (OST) bagi drama ‘7 Hari Mencintaiku 2’ di TV3. Ia merupakan lagu pertama ciptaan Ippo Hafiz untuk Tok Ti dan berterima kasih kerana lagu itu dipilih sebagai lagu utama dalam album terbaru Tok Ti, ‘ManifestaSITI2020’.

Bagi Ippo dia sudah menghantar demo lagu kepada Tok Ti sejak 10 tahun lalu tetapi tidak pernah diterima dan akhirnya Tok Ti menerima lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’. Pencapaian lebih 7 juta tontonan bagi lagu tersebut dalam tempoh sebulan dilancarkan adalah satu sejarah dalam perkembangan muzik tanah air.

Lagu Siti Nurhaliza AKU BIDADARI SYURGAMU Cipta Sejarah

Sementara itu, lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ nyanyian Tok Ti  itu berjaya memecah rekod RIMChart (Carta RIM) sebagai lagu domestik yang berjaya mendapat tempat ke-3 dalam carta Top 20 setanding bersama lagu-lagu International.

Lagu Siti Nurhaliza AKU BIDADARI SYURGAMU Cipta Sejarah

Tok Ti dalam Instagramnya, menunjukkan RIMChart Top 20 Domestic Week 34 (14/08/20 – 20/08/20).

Menurut Tok Ti, ini adalah rekod tertinggi yang pernah dicapai oleh sebuah lagu domestik di dalam RIMChart.  Kali terakhir pernah dicapai oleh kumpulan Insomniacks di tangga ke-5 pada tahun 2019.

Lagu Siti Nurhaliza AKU BIDADARI SYURGAMU Cipta Sejarah

Berikut ialah tulisan penuh Tok Ti dalam Instagramnya:

“Kita tak pernah tahu, apa yang akan berlaku di hadapan, Sewaktu kita melintasi detiknya, kita sedar, itulah sebahagian daripada cita-cita serta doa kita.

“Lalu dipermudahkan, dalam masa yang tidak kita jangkakan. Jalan ke 25 tahun di dalam industri, ini sesuatu yang saya rasa bagai mimpi. Saya tidak bermula dengan era internet, teknologi dan digital pada awal dulu, seiring masa berjalan, saya tidak mahu ketinggalan.

“Seiring masa berjalan, peminat-peminat saya masih setia beriringan. Terima kasih semua. 7 juta tontonan #akubidadarisyurgamu di youtube.Terus strim ya!😍”

– Tokti
Lagu Siti Nurhaliza AKU BIDADARI SYURGAMU Cipta Sejarah

Ippo Hafiz pula dalam balasannya kepada tulisan Tok Ti mencatatkan:

“Saya hari hari dengar @ctdk ❤️. Saya masih berharap jika di suatu hari nanti dapat lihat tokti beraksi dengan lagu ini dengan susunan Orchestra yang besar✨. Saya tahu ianya mimpi, tapi dengan doa semua🌸, Ianya tidak mustahil dengan izin Tuhan🤲🏻.” 

– Ippo Hafiz

Tahniah buat Tokti dan semua yang menjayakan lagu ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Akui Guna Islam Raih Populariti, YouTuber Ini Tampil Mohon Maaf

Nikahi Seorang Pelakon Bernama Mira Filzah, Ini Pesanan Ibu Wan Emir Astar