in , ,

Lagu ‘Sandra’ Ubati Kerinduan Peminat Allahyarham Sandra Dianne

BEBERAPA hari lalu, genap 100 hari pemergian penyanyi Allahyarham Sandra Dianne. Kerinduan terhadap Sandra bagaikan terubat apabila lagu berjudul Sandra dilancarkan.

Walaupun sebelum ini lagu Sandra ciptaan Jonathan Tse dan Mohariz Yaakub ini tidak sempat diperdengarkan namun ia tetap memberi kesan mendalam terhadap sesiapa sahaja yang mendengarnya.

“Lagu ini saya cipta bersama Mohariz tanpa menetapkan siapa penyanyi tepat pada asalnya. Sebaik arwah Sandra mendengarnya, dia terus jatuh cinta dan mahukan lagu ini.

“Kami pun memang tahu kualiti nyanyiannya dan bersetuju memberikan kepadanya. Tidak sangka, arwah berjaya menyuntik magis sendiri dalam nyanyian, bahkan dia menambah elemen uniknya.

“Jika didengar secara kasar, lagu ini mungkin nampak santai, namun sebaik diteliti dan didalami, mesejnya begitu mendalam.

“Bait lirik yang ditulis ada penceritaan besar di mana bukan mudah menerima takdir apabila ditinggalkan orang tercinta,” ujarnya.

Selepas iPhone, Apple Dijangka Lancarkan Kereta Elektrik Menjelang 2024

Bagi Jonathan, lagu Sandra ini juga luas maknanya bergantung kepada cara seseorang menerimanya. Bukan hanya kisah kehilangan seseorang dalam hidup.

“Lagu ini bukan membawa maksud untuk meratapi pemergian orang tersayang itu sebaliknya curahan hati bagaimana seseorang melakukan refleksi terhadap hal itu.

“Bagaimanapun, elemen kesedihan itu pastinya tetap ada dan terserlah dalam melodi serta cara penyampaian bait-bait liriknya,” katanya.

Terdahulu, Sandra disahkan meninggal dunia pada 11 September selepas terbabit dalam kemalangan  jalan raya.

Ketika itu, Allahyarham sedang bertanding untuk program Big Stage musim Ketiga. 

Sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Sandra.

Lagu Sandra boleh dibeli menerusi semua platform penstriman muzik antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, YouTube & YouTube Music.

*Sumber: WILAYAHKU

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Seperti Faye Kusairi, Kini Adibah Noor Juga Turut Mengidap Bell’s Palsy

Hampir Seminggu Dibebaskan, Da’i Syed Aktif Kembali di IG, Pengikut Luah Rasa Rindu