in

Lagu Raya Kemaafan Lebaran Nyanyian Kumpulan Firdaus

Lagu Raya Kemaafan Lebaran Firdaus Featuring Youk Bunkface & Faris Awanband

Sedar tak sedar, kita sudah pun mengharungi cabaran berpuasa selama 15 hari. Tahniah kepada korang semua yang berjaya menempuh segala cabaran dan dugaan di bulan puasa ini. Kepada yang tak berjaya, haruslah korang fikir balik, adakah tahun depan kita masih berkesempatan berada di bulan penuh barakah ini.

Tak nak lah berkhutbah panjang. Sekadar nak mengingati diri sendiri juga yang sentiasa leka dan lalai dengan perkara-perkara duniawi yang pasti bersifat sementara.

Bila dah sampai 15 hari berpuasa, maka di corong-corong radio kita pasti dah kedengaran lagu-lagu raya. Bagi Budiey lagu raya lama memang menjadi satu yang wajib ianya memang mengembalikan nostalgia kita. Lagi pula lagu-lagu lama memang terbukti dapat memeriahkan suasana sambutan hari raya. Baru ada mood nak beraya kan?

Dalam pada itu, kita juga tak lupa setiap tahun pasti ada lagu-lagu baru yang dirakam untuk menyemarakkan lagi mood raya. Terbaru, Budiey dapat tahu yang kumpulan nasyeed Firdaus mengeluarkan single raya berjudul Kemaafan Lebaran Featuring Youk Bunkface & Faris Awanband.

Jom dengar lagu ni best ke tidhoook? HAHA, yang pasti lagu-lagu raya kita ada nilai-nilai murni berunsurkan nasihat juga amalan-amalan yang patut diamalkan semasa menyambut Aidilfitri.

Apabila ditanya kepada kumpulan Firdaus, lagu raya ini pada mereka sangat istimewa kerana inisiatif dan usaha mereka untuk menggabungkan band indie dalam lagu raya. ciptaan lagu raya kini ini pula melodinya lebih bersifat semasa. Lagipun kalau kita perhatikan, akhir-akhir ni lagu-lagu raya baru semakin berkurangan. Selain tu, Firdaus juga mengambil inisiatif untuk rakam video klip raya dalam usaha memeriahkan dan memperbanyakkan lagi klip video yang bertemakan kemeriahan hari raya.

Lirik lagu ni juga berkisarkan pada persahabatan. Kalau kita bergaduh dgn sahabat kita, mahupun keluarga kita, hari raya ni lah peluang kita nak bermaafan dan eratkan semula silaturrahim.. ūüôā

Semoga hari raya tahun ini lebih bermakna buat kita semua ya.

Cdcover&inlay-1

LIRIK LAGU RAYA – KEMAAFAN LEBARAN

Bayangkan jika hidup sendirian
Aidilfitri yang tiba pasti kesuraman
Tiada siapa yang kan terkenangkan
Hanya sayu dan airmata kesedihan
Andai ku juga punya kesalahan
Persengketaan membuat kita kejauhan
Salam dihulur tanda keinsafan
Tiada apa perlu dibezakan
Diriku dirimu dan kita semua
Tersemat dalam sanubari
Pasti ku telah memaafkan
Semua khilaf dan kesalahan
Itulah tanda sebuah persaudaraan

Bersama kita merayakan
Lupa semua persengketaan
Hulur salam kita saling bermaafan
Bersama lah teman
Ketika kita bergembira
Usah dilupa pada yang tiada

Kemaafan hari lebaran
Semoga hari raya disambut ceria
Pasti ku telah memaafkan
Semua khilaf dan kesalahan
Itulah tanda sebuah persaudaraan
Bersama kita merayakan
Lupa semua persengketaan
Hulur salam kita saling bermaafan
Pasti ku telah memaafkan
Semua khilaf dan kesalahan
Lebaran ini kita semua bersama meriahkan

Cdcover&inlay

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pakej Istimewa Sempena Musim Raya di Portal Tonton

Drama Di Pintu Mahligai Lakonan Abby Abadi