in , , ,

LoveLove

Lagu PERIT Aliff Iskandar & MUNGKIR Syahmi Irfan Melatari Drama PEREMPUAN TANPA DOSA

Menggandingkan Kamal Adli, Uqasha Senrose dan beberapa pelakon popular lain dalam drama Perempuan Tanpa Dosa ternyata memberikan kepuasan kepada Micheal Ang selaku pengarah.

Menggandingkan Kamal Adli, Uqasha Senrose dan beberapa pelakon popular lain dalam drama Perempuan Tanpa Dosa ternyata memberikan kepuasan kepada Micheal Ang selaku pengarah. Bagi lelaki ini, drama yang diadaptasi daripada novel Perempuan Tanpa Dosa karya Fatinilam Sari Ahmad pastinya menarik perhatian peminat Slot Megadrama Astro Ria memandangkan jalan cerita yang disajikan cukup menyayat hati.

“Saya akui naskhah ini begitu berbeza dengan karya terdahulu. Kisah lelaki terpaksa berkorban hidup berkahwin dengan wanita lain dan dalam masa yang sama meninggalkan kekasih sendiri.

“Banyak plot dan jalan cerita yang menarik perhatian selain lakonan mantap pelakon yang terlibat boleh disaksikan mulai 6 Oktober lalu,”

– Micheal
Perempuan Tanpa Dosa

Selain Kamal dan Uqasha, Perempuan Tanpa Dosa turut dibintangi oleh Yusof Bahrin, Uyaina Arahad, Hilal Azman, Fadilah Mansor, Azza Elite dan ramai lagi. Drama ini juga menjalani penggambaran di Kuala Lumpur, Kuantan dan Cherating di Pahang.

Apa yang lebih mengujakan apabila dua lagu baru turut diperkenalkan melalui drama ini. Lagu Perit dan Mungkir nyanyian Aliff Iskandar, 20 tahun dan Syahmi Irfan, 19, diperdengarkan juga buat kali pertama kepada peminat.

Terdahulu, Micheal pernah membuat pencarian penyanyi baharu untuk lagu tema drama ini dan mendapat maklum balas yang cukup positif daripada penyanyi muda serata Malaysia.

Perempuan Tanpa Dosa

Daripada lebih 100 penyertaan yang dihantar, hanya 15 terpilih untuk diujibakat oleh pihak Indigital Music dan memilih Aliff Iskandar sebagai penyanyi untuk runut bunyi drama tersebut.

“Karya tersebut memang lagu asal ciptaan Aliff dan kita beri Iman Imran untuk menulis lirik berdasarkan kisah tersebut. Saya gembira kerana terlibat sama dalam proses awal sehinggalah lagu ini dikeluarkan secara rasmi.

“Setidaknya saya dapat mencungkil bakat baharu dengan karya-karya yang lebih segar dan baharu. Kita ada ramai orang yang hebat tetapi mereka tidak ada ruang. Kita beri mereka peluang untuk membuktikan potensi diri,”

– Micheal

Syahmi Irfan merupkan artis terbaharu naungan Indigital Music yang juga merupakan bekas pemain badminton negara. Menariknya dia tidak keseorangan menyanyi Mungkir sebaliknya berkolaborasi bersama Aufa Hanie yang juga popular dengan ‘cover’ lagu di YouTube.

Lirik video lagu Perit dan Mungkir boleh ditonton menerusi saluran YouTube Indigital Music juga sudah berada di semua platform digital sejak 10 Oktober lalu.

Lirik Video Perit nyanyian Aliff Iskandar boleh ditonton di YouTube Indigital Music.

Dan Lirik Video Mungkir nyanyian Syahmi Irfan featuring Aufahanie

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Video Reaksi Ibu Peluk Neelofa Bila Lihat Penampilannya Berniqab Undang Sebak

Kereta Baru Beli Ditarik Bank, Hafiz Hamidun Pernah Hidup Susah