in ,

Lagu PERGI Aizat Ciptaan PETE TEO lirik AMRAN OMAR Juara AJL24

Tahniah! Tahniah! Buat Aizat kerana lagu dendangannya, PERGI telah diangkat menjadi JUARA ANUGERAH JUARA LAGU KE-24! Yahoooooooooo! Mantaplah! Juga yang paling penting Budiey nak ucap tahniah buat komposer terkenal Pete Teo dan penulis lirik Amran Omar yang bergabung idea untuk mencipta sebuah lagu yang begitu menyentuh perasaan.

Masih ingat lagi dengan persembahan Aizat untuk LAGU KITA masa AJL tahun lepas? Ternyata, pengalaman itu telah mendewasakan persembahan Aizat untuk kali kedua memijak kaki di pentas AJL.

Namun, tahun ini ramai yang mengalir air mata apabila menghayati lagu yang dipersembahkan dalam jiwa 1Malaysia. Budiey kira ini konsep lagu PERGI juga diterjemahkan sebagai satu contribute kepada pejuang tanahair yang banyak membawa Malaysia ke mata dunia! Pergh! Cayalah!

4264591944 783B9A7Eea O | 4

Satu Stadium Putra Bukit Jalil gempak gempita tatkala lagu PERGI diumumkan sebagai JUARA. Ada yang terpinga-pinga kerana tak percaya kerana lagu ini bukanlah termasuk dalam list ramalan media. Yang kesiannya, ada artis yang berkata “Oh noooo!” dengan nada tersentak kerana sangkakan lagu mereka akan menang! Tapi tak pe, kita cuba lagi tahun hadapan ya.

4264590330 622786C2D7 O | 5

Aizat, Pete Teo dan Amran Omar telah embawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000 berserta trofi. Untuk Aizat pula, adalah satu kemenangan berganda apabila lagu KAU DAN AKU telah dipilih oleh juri sebagai pemenang kategori Persembahan Terbaik. Jadi, kat situ Aizat dah bawa pulang wang tunai RM10,000! Berbaloi bawa budak-budak sekolah memeriahkan pentas dengan tarian cheerleaders mereka! Satu persembahan yang mengimbai kita dengan zaman persekolahan. Konsepnya senang, ianya menceritakan tentang peralihan zaman serta transformasi Aizat untuk bergelar seorang anak seni.

Namun, terdengar juga cakap-cakap belakang. Ada yang tak puas hati dengan keputusan juri. Sedangkan keputusan juri adalah muktamad. Biasalah, rumah dah siap, pahat masih lagi berbunyi. Dikatakan, Aizat menang kerana pengaruh oleh juri yang begitu besar dengan kegemilangan Yasmin Ahmad yang mana lagu ini adalah lagu runut filem Talentime. Beberapa nama juri adalah kawan karib atau kroni yang sinonim lagu ini. Apatah lagi nama Aizat terlalu rapat dengan penaja. Itu kata mereka. Budiey kira ini satu perspektif yang salah kerana juri memilih berdasarkan lagu, bukan kerana pengaruh siapa penyanyi, siapa itu dan siapa ini.

Apa-apa pun cakap orang, Budiey percaya ramai yang bangga dengan kebolehan Aizat yang sentiasa mahu jadi perfectionist bagi melakukan yang TERBAIK dan meletop!

Tempat ke-2, lagu Dan Sebenarnya nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh Yuna telah berjaya meraih kemenangan dan membawa pulang wang tunai RM15,000 serta trofi. Masa sidang media, Yuna cakap dia mahu mengekalkan imej indie untuk kariernya yang akan datang. Walaupun ada syarikat rakaman dari US yang offer, dia masih mahu kekal Yuna seadanya sekarang. Mmm… no komen. Huhu!

Tempat ke-3 pula berjaya dimenangi oleh lagu Bencinta ciptaan Audi Mok serta lirik dan nyanyian oleh Faizal Tahir. Wang tunai RM12,000 dan trofi dalam genggaman mereka. Syabas!

Juara Mentor musim ketiga, Black pula dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik menerusi lagu nyanyiannya Aku Rindu Sayang Kamu, ciptaan sepenuhnya oleh Yuzai. Black membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

4263838621 B9C24Ebc40 O | 6

4263839897 D9534088D8 O | 7

4264590486 B046B64C43 O | 8

4264589448 10F2Ea96F0 O | 9

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Shila OIAM di Red Karpet AJL24

Gambar Ifa Raziah di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 24