in , ,

Lagu PENEMAN Hazama Lengkapi Drama ASALKAN DIA BAHAGIA

PENEMAN merupakan single pertama Hazama sejak bernaung di bawah syarikat rakaman Nova Music (M) Sdn. Bhd.. Lagu berentak balada rock ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer terkenal Tam Spider.

Tidak lengkaplah sesebuah naskah drama atau filem sekiranya tidak dilatari lagu-lagu runut bunyi. Lagu tema atau lagu runut bunyi sememangnya diakui penting dalam memberikan warna dan menambahkan lagi rasa kepada sesebuah adegan drama atau filem itu. Begitulah jua dengan lagu nyanyian Hazama berjudul PENEMAN yang diangkat sebagai antara lagu tema utama drama bersiri ‘Asalkan Dia Bahagia’ yang sedang bersiaran di slot Akasia TV3 sejak 8 Mac lalu.

Malah, rata-rata peminat menyifatkan penggunaan singleterbaru Hazama ini sebagai irama pelengkap drama lakonan  Ayda Jebat dan Shukri Yahaya itu merupakan langkah yang cukup tepat.

Susunan muzik yang mantap melatari melodi indah PENEMAN yang dilengkapi vokal serak-serak basah Hazama dalam melantunkan penuh penghayatan bait-bait lirik yang sarat dengan janji setia.

Lagu PENEMAN Dikatakan Luar Biasa?

Suami kepada pemuzik terkenal Genervie Kam ini turut mengambil inspirasi dari pengalaman cintanya sendiri dalam penyampaiannya bagi menterjemahkan rasa cinta seorang lelaki untuk suri hati dan juga peneman hidupnya. 

‘Luarbiasa’, itulah rata-rata ulasan peminat buat Hazama dan lagu taruhan terbaharunya ini.

Sejak drama bersiri ‘Asalkan Dia Bahagia’ bersiaran di TV dan lagu PENEMAN ini turut menjadi halwa telinga penggemar drama, berbondong-bondong peminat memberikan reaksi yang sangat memberangsangkan di laman-laman media sosial sehinggakan drama ‘Asalkan Dia Bahagia’ tersenarai sebagai #1 Trending di laman Twitter dan Top Trending di laman YouTube Malaysia.

Sambutan untuk lagu PENEMANjuga tidak kurang hebatnya apabila video audio rasmi lagu tersebut berjaya mencapai tontonan hampir mencecah 1 jutasejak dimuatnaik pada 8 Mac lalu. 

Bagi memenuhi permintaan peminat yang menanti-nantikan single terbaru Hazama, PENEMAN akan dilancarkan di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes bermula 12 APRIL 2019 ini.

Hazama - Tunggu Aku Datang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Avengers Assemble at KUL To Kick-Off The Marvel SUPER HEROES HAVE LANDED Campaign

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem DREAD OUT