in

Lagu Nur Abadi Nash Ubaidillah dan Gambar Rakaman Melodi Raya

UK’S Production yg di bawah bimbingan (Smidec, PUNB, MARA, KPDN) juga saudara Amy UK’S, Composer, Music Director (Bekas pemain lead gitar Kumpulan Ukays, Utama & Okay) telah menerbitkan sebuah mini album khas “edisi terhad” untuk sambutan Ramadhan dengan lagu yg berjodol “NUR ABADI”. Lagu ini dinyanyikan oleh Nash Ubaidillah.  Beliau adalah vokalis utama UK’S Production / Pelakon Akademy Polis musim 4 & Filem “Kecoh Betul berganding dgn Nabil “Raja Lawak” terbitan White Merpati Entertainment, berduet dgn Vocalis Utama Kumpulan Ukays; Epy UK’S.

Dengan back up vocal dari;
 
1. Mona Jlo (Artis UK’S & Model)
2. Eeza (Artis UK’S & penari), 
3. Sunshine (Model, Vocalist, Pelakon Utama siri Akademy Polis musim 5) beserta dgn Model / Icon untuk lagu tersebut; 
4. “Azzra” (Model & Pelakon siri Awan Dania di Astro).

Dalam mini album tersebut mengandungi 3 buah lagu iaitu;

1. “Nur Abadi” versi Ramadhan – Track1
2.  Menjelang Aidil Fitri – Track 2
3. “Nur Abadi” versi solo – Track 3

Kesemua lagu tersebut dalam proses penyenaraian ke beberapa station radio tempatan seluruh Malaysia dan akan ke udara selepas 14 hari Ramadhan. UK’S Production turut mendapat undangan untuk rakaman Melodi Raya terbitan TV3, pertunjukkan pentas pada 12hb Sep di Terminal 1 Seremban & akan membuat persembahan di TV3 pada hari raya ke – 4 nanti!

3873564426 A49Ae4712C O | 4

Nash Ubaidillah semasa rakaman Melodi Raya pada 28 Ogos lalu di Sunway Theme Park~

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Pejabat Google Yang Canggih dan Mewah

Lirik Lagu Raya Duet Hafiz Hamidun dan Haziq Mentari Syawal