in

Lagu HATI-HATI Single ke-2 Amira Untuk Peminat

Tentu ramai yang sudah mendengar lagu “Sesaat Untukku” nyanyian oleh Nadia Amira Binti Othman (21) atau lebih manja di panggil Mira kini tampil dengan single terbaru “Hati Hati” khas buat peminat yang sudah lama menunggu lagu terbaru dari beliau selepas beliau berehat agak lama untuk fokus pada pelajarannya di UITM. Menurut amira memang beliau ada mencari genre lagu yang sesuai untuk dijadikan single kedua nya, akhirnya lepas hampir setahun lagu Hati Hati menemui peminatnya.

amira-othman

Alhamdulillah, hampir setahun lebih mira dalam industri ini akhirnya keluar juga single ke2 yang berjudul “Hati Hati “ sudah pun dikeluarkan dan boleh didengari oleh semua peminat mira. Mira berharap sangat lagu ini akan terus mendapat sambutan dan diterima baik dari semua yang mendengarnya. Pada Mira selain genre lagu ni rancak, lagu ini juga mempunyai keunikan tersendiri. Lagipun lagu ini ciptaan sepenuhnya oleh komposer muda Faizul Sany, Hael Azhael dan Mike Chan. Harapan mira lagu akan terus menjadi siulan dibibir semua pendengar.

Keistimewaan lagu ni pada Mira, Okay first of all semua ini pada mulanya bukan genre kesukaan mira sebab mira lebih kepada lagu slow ballad, tapi sebab lagu pertama Mira kurang menonjol, Jadi Mira fikir untuk keluar dengan sesuatu yg baru.

Alhamdulillah melodi lagu ni juga sangat indah. Walau pun ia sesuatu yg baru, tapi genre classic mordern dari Faizul Sany, Hael Azhael dan Mike Chan ini buat Mira jatuh cinta dan teruja nak menyanyikan lagu ini sampi Mira rasa mungkin ni genre yang sesuai dengan Mira serta buat Mira rasa happy untuk terus menyanyi. Lagu ini memang sesuatu lain dari yang lain. InsyaAllah Mira pasti lagu ini akan memikat ramai pendengar, jadi kena dengar la ye!!!! Jelas Amira Othman.

Selain sibuk mempromosikan lagu terbaru ini, mira sekarang tengah berjinak jinak dalam bidang pengacaraan. Alhamdulillah,sekarang mira menjadi pengacara untuk Nasi Lemak Kopi O (NKLO) di tv9. Mira tidak menjangka juga diberi peluang keemasan menjadi pengacara program tv tersebut. Sememagnya mira agak gementar apabila diberi peluang ini, namun begitu mira beruntung kerana orang sekeliling mira banyak membantu serta memberi tunjuk ajar, jadi bila dah lama bertugas makin seronok jadi pengacara ni.

Walaupun agak sibuk dengan tugasan harian, Mira sempat lagi membuat pertemuan bersama kelab pemina pada bulan lepas di Restoran Nando’s NU Sentral. Mira sangat teruja dan gembira bila dapat bertemu dengan sebahagian dari kelab peminat mira, walaupun tak ramai tapi itu sudah cukup buat mira terharu kerana mereka sudi meluangkan masa bersama mira hari itu.

Akhir kata dari mira terima kasih mira ucapkan kepada semua yang selalu ada dengan mira terutamanya family, kawan kawan serta peminat yang tak pernah jemu-jemu untuk memberi sokongan kepada mira. Semoga lagu “Hati Hati” akan mempermudahkan lagi urusan mira dalam bidang ini dan terus request lagu “Hati Hati” di semua radio serta boleh tonton lirik video lagu “Hati Hati” di YouTube.

Kepada peminat yang ingin mengikuti perkembangan Amiraa Othman boleh melayari laman :
Instagram : @amiraaothman
Twitter : @amiraaothman_

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Lancar Navigasi Suara Kanak-Kanak Yang Pertama Di Dunia Bagi Waze

Trailer Filem GIRLFRIEND KONTRAK Lakonan Keith Foo