in , ,

Lagu Finalis AJL36 Pernah ‘Ditumpaskan’ Oleh Margosa? Ini Sebenarnya Yang Berlaku… 

Kumpulan Margosa kini sedang rancak membina nama dalam industri hiburan tanah air dengan memperjuangkan muzik Indie.

Muzik Indie sememangnya mempunyai kekuatan tersendiri, apa lagi dipersembahkan oleh Margosa yang berbakat dan kreatif. 

Untuk makluman, Margosa pernah melakar kejayaan dengan menjuarai Anugerah Lagu Indie (#ALI2020) menerusi lagu mereka berjudul Penawar. 

Lebih hebat lagi, #ALI2020 juga menyaksikan Margosa berjaya menumpaskan lagu Pelukan Angksa nyanyian Sekumpulan Orang Gila (SOG) ft Shila Amzah dalam merebut gelaran juara di anugerah lagu indie tersebut. 

Ya, mungkin ketika ini ramai yang menaruh harapan pada lagu Pelukan Angkasa untuk AJL36 tidak lama lagi, namun siapa sangka lagu finalis AJL36 itu pernah dikalahkan oleh Margosa dalam #ALI2020 yang lalu. 

Margosa

Bagaimanapun, Pelukan Angkasa berjaya memenangi kategori Anugerah Lagu Popular dan Carta Indie Kita dalam #ALI2020. 

Antara yang menariknya lagi, Raja Nazrin Shah bukan sahaja penyanyi dan pemain gitar SOG seperti yang ramai sudah tahu, tetapi dia juga adalah vokalis dan gitaris untuk kumpulan Margosa yang dianggotai bersama Resya Rahman (vokalis) dan Pjay (bass). 

Bercakap mengenai pembabitan dalam SOG dan Margosa, Nazrin tidak mempunyai masalah membahagikan masa. Tambahan lagi penglibatan dengan lebih daripada satu kumpulan bukanlah satu perkara asing dalam dunia muzik indie. 

“Selalunya, penggiat muzik indie ada banyak band, kalau terlibat dalam dua band seperti ini adalah satu perkara biasa. 

“Bagi saya, tiada masalah untuk membahagikan masa antara SOG dan Margosa, saya lakukan yang terbaik untuk kedua kumpulan ini. Saya juga penggiat muzik sepenuh masa, jadi saya boleh atur dan jadikan diri fleksibel. 

“Untuk penglibatan SOG selaku finalis AJL36 bersama Shila Amzah, harapan saya tentunya mahu menang,” katanya mesra. 

Margosa

Untuk Resya pula, selaku rakan sekumpulan, dia menyokong dan mengharapkan yang terbaik buat Nazrin di AJL36 nanti. 

“Semoga Nazrin berjaya, saya tahu komposisi lagu-lagu Nazrin sentiasa berbeza dan punya kekuatan tersendiri. Saya memang letak harapan yang tinggi terhadap Nazrin di AJL36 nanti, bila rezeki sudah ada, Insya-Allah boleh berjaya. 

“Untuk para peminat Magosa pula, kami kini kembali setelah setahun tidak tampil dengan apa-apa material, kami kembali dengan lagu baru tidak lama lagi. 

“Kepada mereka yang baru mengenali Margosa, ikuti perkembangan kami di media sosial, kami ada Instagram dan sebagainya, nantikan lebih banyak projek daripada kami,” katanya. 

Margosa

Hal senada disampaikan oleh Pjay yang turut berkongsi sedikit kata-kata. 

“Semoga berjaya kepada Nazrin di AJL36, alang-alang dah sampai, biar menang terus! Saya tahu Nazrin memang hebat dan boleh lakukan perkara sebegini. 

“Untuk peminat Margosa, kami kini lebih kuat berbanding sebelumnya, nantikan lagu terbaru yang akan kami lancarkan. Kepada yang baru mengenali Margosa, anda semua kena check us out, sebab kami memang power!” selorohnya. 

Sekadar info, Margosa mula ditubuhkan pada sekitar tahun 2017 dan bernaung di bawah label rakaman Sony Music Entertainment Malaysia. 

Berita gembira kepada para peminat, Margosa akan muncul dengan ‘buah tangan’ terbaru yang turut menampilkan Aepul Roza tidak lama lagi, sama-sama kita nantikan! 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jung Il Woo Korea K Pop | 19

Drama Korea ‘Something In The Rain’, Kisah Perasaan Cinta Tak Kenal Jarak Usia Di TV2

Luca Sikta | 20

Luca Sickta Akhiri Zaman Bujang Dengan Produser Era Fm Sabah, Nur Robecca Ruth