in

Lagu Ciptaan Loloq Hero Wayang Single Pertama Siti Sairah

Siti Nursairah Tarudin atau Sairah telah pun merakamkan single pertama beliau yang berjudul Hero Wayang. Sebuah lagu yang menceritakan tentang isi hati seorang insan bergelar anak wayang. Dikenali, dipuja dan disanjung dengan bakat seninya, namun tidak ramai yang mengerti apa tersirat dalam hati.

Single ini sudah mula dimainkan di radio-radio sejak Sabtu lalu. Sairah yang pernah menyertai pelbagai pertandingan nyanyian sejak di bangku sekolah telah merealisasikan impiannya untuk mempunyai lagu sendiri kerana sebelum ini beliau hanya dikenali sebagai adik kepada Siti Nurhaliza dan kerap juga muncul di acara-acara nyanyian mengiringi kakaknya.

Single terbaru ini merupakan usaha awal Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd untuk memperkenalkan artis terbarunya dan lagu yang berirama rancak dan rap ini juga dijangka akan menarik perhatian pendengar. Apatah lagi Sairah mengundang tiga anggota VE iaitu Damian, Cham dan Shah serta Dali Ahli Fiqir untuk tampil bersamanya menyanyikan lagu tersebut.

2667547852 6A2B5Be8Bc | 4

Lagu ciptaan Firdaus Mahmud dan Sairah sendiri mendapat sentuhan Allahyarham Loloq dalam penghasilan liriknya. Hero Wayang antara karya terakhir beliau sebelum meninggal dunia beberpa bulan selepas memberi lirik tersebut kepada Sairah.

Selain Sairah, SNP juga akan mengeluarkan single Saida AF6 dan juga album kumpulan Coda sebelum bulan puasa nanti.

[tags]siti saerah, siti sairah, firdaus mahmud, snp, siti nurhaliza, hero wayang, Damian, Cham, Shah, wayang kita, pengacara, hos, charm, gossip, tunang, kahwin, rental photographer, wedding, loloq, memories, sebalik tabir, sebut harga[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Biarkan Aku Berdiri Lakonan Remy Ishak, Sheera, Shahiezy

Pelancaran Drama Sari Maya Lakonan Zizie Ezette, Kuza, Nabila Huda