in , ,

Lagi Siri Turki Menarik, FOREVER BOUND di TV2

Setelah berakhirnya siri bertajuk “Adi Zehra” mengisi slot Lavender di TV2, penggemar drama bersiri kekeluargaan Turki di RTM diajak menyaksikan siri terbaharu pula dengan tajuk “Forever Bound” mulai 18 September ini, setiap Isnin hinga Jumaat, pukul 6.00 petang.

Menerusi drama arahan Deniz Celebi ini membariskan lakonan mantap Ece Yushu, Cansel Elchin, Nilay Deniz, Berk Atan, Ege Aydan, Didem Inselel, Tuncer Salman, Fulya Ülvan dan Bora Akkas dan 41 episod siarannya. Kisahnya tentang Tahir memiliki tabiat buruk suka berjudi dan pulang lewat ke rumah. Situsi itu membuatkan Elvan, isterinya bekerja sebagai pegawai kesihatan di sebuah klinik marah kerana terpaksa menanggung perbelanjaan keluarga mereka. Tahir juga sanggup menipu untuk mendapatkan wang dengan alasan anaknya sakit tenat. Penipuan Tahir mencemarkan nama baik keluarga dan Elvan malu dengan kelakuan suaminya. Kedua-dua mereka seringkali bergaduh di hadapan kedua-dua anak, Seray dan Selim.

poster Forever Bound atau Dayan yUREGIM

Satu hari Selim telah dilanggar lari oleh anak orang kaya iaitu Atif. Atif sempat melarikan diri dan bagi mengelak didakwa keluarganya telah menghantar Atif berpindah ke luar negara. Keluarga Atif memberi rasuah kepada Tahir agar kes itu ditutup. Elvan mengamuk tanpa sengaja terbunuh Tahir dan telah dipenjarakan. Elvan murung dan hampir membunuh diri apatahlagi bila anaknya, Seray telah membuangnya. Di penjara Elvan berkelakuan baik.

Seray terus memusuhi ibunya. Selim dikeluarkan daripada hospital tetapi keadaannya hanya terlantar di katil. Atif yang melarikan diri ke luar negara dihantui rasa bersalah dan mahu pulang ke Istanbul. Elvan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun. Seray terpaksa berhenti sekolah untuk membantu keluarga ibu saudara yang menjaga mereka. Kebencian Seray ke atas ibunya semakin bertambah. 

Elvan bebas selepas tiga tahun kerana didapati tidak bersalah. Dia mencari anaknya kembali namun dihalang keluarga Tahir. 

Salah faham dan pertelingkahan antara peguam, Fuat dan isterinya, Ayun mengenai aktiviti sosial yang dibuat oleh Fuat untuk masyarakat. Fuat sekali lagi membantu Elvan melepaskan daripada tahanan di penjara. Manakala, Atif mula jatuh cinta dengan Seray apabila berjumpa dengannya di restoran. Atif menawarkan Seray kerja di restoren milik keluargnya. Cenghiz, cuba mengugut dengan info yang diketahuinya bahawa Suzan menerima bantuan keluarga Sanallar yang terlibat dalam kemalangan Selim. Malangnya Cenghiz di pukul oleh orang upahan keluarga Sanallar.

watak Elvan dalam Forever Bound

Seterusnya, Elvan cuba berjumpa dengan Seray di tempat kerja tetapi beliau dimalukan oleh anaknya di hadapan orang ramai. Elvan dapat tahu Selim sesak nafas dan di bawa masuk ke hospital. Elvan terpaksa menjual cincin perkahwinannya untuk membayar kos rawatan Selim di hospital. Penderitaan dilalui Elvan semakin hebat tetapi masih bersemangat tinggi untuk menjaga Selim. Elvan tiada kerja dan tempat tinggal. Kesusahan Elvan akhirnya memaksanya menyerahkan Selim dijaga oleh Suzan. Hakikatnya Suzan anggap dua beradik itu beban keluarga dan mendera mereka.

Ibu Atif mengamuk bila mengetahui anaknya bercinta dengan pelayan restoran mereka, Seray. Atif tidak peduli dan mahu hubungan serius dengan Seray. Muncul Remzi, abang Tahir mahu membalas dendam dan membunuh Elvan. Mujur ada Riyat, anak Remzi menyelamatkan Elvan. Fuat memutuskan untuk berpisah dengan isterinya dan membantu Elvan mencari pekerjaan baru di hotel juga mendapatkan balik wang yang telah hilang sebelum ini.

Atif dan Seray meneruskan hubungan cinta mereka. Ekrem, bapa Atif mendapati Seray adalah kakak kepada Selim yang dilanggar kereta oleh anaknya empat tahun lalu. Disamping itu, Elvan dengan berjaya membawa pulang Selim dari rumah Remzi ke rumah barunya. Pihak polis menahan Remzi dan dibawa ke balai polis. 

Elvan terus menjaga Selim dengan penuh kasih sayang. Dia membenarkan Seray melawat adiknya di rumah. Elvan juga menarik balik laporan polis terhadap Remzi. Dalam pada itu, Ekram dan isterinya yang tidak dapat menerima Seray sebagai menantu, cuba mencari jalan untuk memisahkan percintaan anak mereka. 

Elvan bekerja siang malam di hotel untuk kelesaan anaknya. Kesihatan Selim bertambah baik. Seterusnya, isteri Fuat meminta bapanya membatalkan permohonan perceraian dari suaminya. Namun Fuat menolak untuk mereka berbaik.

Percintaan antara Atif dan Seray diketahui oleh Remzi yang membantah keras. Riyat beri amaran bunuh kepada Atif supaya jangan jumpa sepupunya, Seray.  Berlaku kejadian rompakan yang mengakibatkan Seray cedera teruk. Ketika itu Elvan bersusah payah menjaga Seray di hospital meskipun Seray masih membencinya. Selepas Seray keluar dari hospital, Elvan mengajak Seray tinggal bersamanya namun Seray terus mengikut Remzi. Empat tahun berlalu Seray masih menyalahkan ibu tanpa mengetahui kisah sebenar. 

Elvan hadir ke mahkamah untuk perbicaraan semula. Malangnya dalam perjalanan Elvan ke mahkamah, dia diculik, dan disembunyikan di gudang kereta oleh sekumpulan samseng atas arahan keluarga Ekrem. Mujur dia diselamatkan oleh Fuat sebelum pihak polis menangkapnya. Fuat membawa Elvan ke rumahnya untuk disembunyikan daripada pihak polis dan menyiasat keadaan sebenarnya yang berlaku kepada Elvan. Elvan yang disembunyikan di rumah Fuat terpaksa pulang untuk melawat Selim yang sakit. Pihak polis berjaya menangkap Elvan. Fuat datang ikat jamin Elvan. Disamping itu, Atif bertemu kembali dengan Melis, bekas kekasihnya yang bekerja di syarikat keluarga Atif yang menimbulkan cemburu Seray. 

Nasib menyebelahi Elvan yang sememangnya tidak bersalah. Elvan dibebaskan. Fuat difitnah ada hubungan dengan Elvan. Seray pula mengamuk bila Remzi mengaturkan perkahwinannya dengan Ali, anak seorang peniaga berjaya. Ketika itu Elvan bersemuka dengan Suzan yang terima rasuah daripada keluarga Ekram yang menyebabkan kemalangan Selim. Kerana cemburukan Atif dengan Melis, Seray setuju terima Ali. 

Atif terkejut mengetahui Seray mahu bernikah dengan Ali dan cuba menemuinya namun dihalang Rifat. Atif cedera di perut, terus pergi ke rumah Elvan yang membantu untuk mengubatinya. Elvan marah Remzi kerana paksa Seray berkahwin, Atif pula marah ibunya kerana menghalang hubungannya dengan Seray. 

Elvan mengetahui Ekram terlibat dalam kemalangan jalan raya Selim dan memberi rasuah kepada Suzan. Seray rayu Remzi batalkan perkahwinannya dengan Ali. Elvan cedera membantu Fuat yang dipukul oleh seorang perompak dengan senjata tajam. 

Seray melarikan diri dari rumah Remiz dengan Atif. Disamping itu, Ekram mendapat isterinya sendiri telah bersubahat dengan Taner untuk menipu dia dan syarikatnya, maka dia memecatkan Taner dan menceraikan isterinya.

Atif dan Seray akhirnya berkahwin. Remzi berang mengetahui Suzan menerima rasuah daripada keluarga Ekram. Ketika itu Elvan mengetahui rahsia Atif yang melanggar Selim dan cuba menghalang hubungan Atif dengan Seray. Selepas berkahwin, Atif dan Seray ke rumah Remiz namun dihalau. Majlis perkahwinan Atif dan Seray diaturkan secara besar-besaran oleh ibu bapa Atif di sebuah hotel tanpa menjemput Elvan. Elvan muncul dan menyerang Atif. Elvan menyalahkan Atif menjadi penyebab pergolakkan dalam keluarganya. Atif serba salah dan tidak berani bersemuka dengan Elvan lagi. 

Penderitaan, kesedihan dan emosi dilalui oleh Atif dan Seray serta ibu bapa mereka. Atif menyalahkan ibu bapanya yang sengaja menyembunyikan maklumat Seray kakak kepada Selim yang dilanggar olehnya. Atif menyerah diri kepada polis. Atif memberitahu Seray kesalahannya dalam surat tentang kemalangan jalan raya yang melibatkan Selim dan minta maaf kepadanya. Bagaimanapun, Seray tidak percaya hingga polis mengesahkannya. Seray putuskan hubungan Atif dan jumpa Elvan memohon maaf. 

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara kepada Atif. Berlaku pergaduhan di rumah Suzan membuatkan Seray kembali ke rumah Elvan. Kegembiraan mereka tidak lama kerana Elvan ditembak mati penceroboh di rumahnya.

Di penjara, Atif sentiasa terkenangkan Seray dan marahkan sikap ibunya yang menjadi punca pergolakan dalam hidupnya. Seray bangkit dengan semangat baru ditinggalkan ibunya untuk meneruskan hidup dengan Selim. Tetapi malangnya, Seray sukar mendapat kerja kerana sedang mengandung namun nekad cuba menggugurkan bayinya. 

Apakah penyebab kepada Ekram dibunuh oleh Taner dan Inci, isteri Ekram? Siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab penembak mati Elvan? Ikuti kesudahannya dalam siri 41 episod ini. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

What do you think?

75 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Mark Adam Yang Pakar Juga Terpedaya!

Dr. Che Hafiz Akui Sudah Ceraikan Lufya Menerusi Aplikasi WhatsApp