in , ,

Label Sudirman Penyanyi Nombor Satu, Noraniza Idris Dikecam Kononnya Sindir Siti Nurhaliza?

Heboh diperkatakan di media sosial, penyanyi Noraniza Idris atau mesra dengan panggilan Kak Ani telah memuatnaik sekeping gambar bersama Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad dan melabelkan arwah sebagai ‘penyanyi Asia nombor satu Malaysia’.

Posting tersebut telah mencetuskan beberapa komen yang berbaur provokasi di kalangan netizen dan turut mendapat respon dari peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza. Menurut Kak Ani, tindakannya memuat naik foto bersama Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad dan melabelkan arwah sebagai ‘penyanyi nombor satu’ adalah sebagai tanda penghormatan dan kenangannya bersama ikon itu.

Sementara itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu yang hangat diperkatakan ini. Namun, beliau berharap dan menasihati supaya peminatnya tidak bertindak terburu-buru dalam menulis sebarang komen di media sosial, terutama berkaitan isu yang timbul di Instagram Noraniza Idris, baru-baru ini. 

Noraniza Idris menafikan sengaja menimbulkan provokasi terhadap penyanyi nombor satu, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan juga peminat-peminatnya di Instagram.

Noraniza atau mesra disapa Kak Ani berkata, tindakannya memuat naik foto bersama Allahyarham Datuk Sudirman Arshad dan melabelkan arwah sebagai ‘penyanyi nombor satu’ adalah tanda penghormatan dan kenangannya bersama ikon itu.

“Saya tak ada niat untuk memprovokasi sesiapa, sebaliknya sebagai tanda penghargaan kepada Allahyarham dan juga untuk berkongsi kenangan bersamanya ketika dia masih hidup.

“Foto lama itu juga dihantar oleh teman saya. Jadi, apa salahnya saya kongsikan gambar lama itu kerana ia tidak ada dalam koleksi saya. Lagi pula, itu adalah akaun Instagram saya,”

– Noraniza Idris

Dato’ Seri Siti Nurhaliza ketika ditemui media di majlis pelancaran produk kesihatan Haney D’Jiwa berkata, dia tahu bahawa tidak semua yang meninggalkan komen berbentuk provokasi itu adalah dalam kalangan peminat-peminat setianya. Sebaliknya mungkin ada yang sengaja untuk bikin provakasi bagi memanaskan keaadaan. 

Kata Noraniza lagi, dia sendiri terkilan dengan sikap sesetengah peminat artis yang sengaja mengeruhkan keadaan dengan menulis komen-komen berbaur negatif.

“Sejujurnya, saya sendiri terkilan dengan sikap sesetengah peminat yang terlalu gemar mengapi-apikan keadaan, meskipun apa yang saya tulis itu, hanyalah sekadar perkongsian peribadi di media sosial.

“Saya tak salahkan mana-mana artis apabila ada peminat mereka yang terlalu taksub, sentiasa memberikan komen negatif kepada artis lain. Bagi saya, itu mencerminkan sikap mereka sebagai peminat,”

– Noraniza Idris

Ditanya mengenai hubungannya dengan Siti, Noraniza berkata, dia tidak ada sebarang masalah dengan penyanyi itu.

“Saya dengan Siti tak ada apa-apa masalah. Sebenarnya, saya malas nak komen sebab nanti, orang akan kata saya menangguk di air yang keruh. Mentang-mentang saya dah sendu.

“Saya tak suka nak bergaduh dengan budak-budak (peminat) sekarang. Pada saya, ini bukan permainan saya,”

– Noraniza Idris

Noraniza juga memaklumkan, tidak semua yang menulis komen di Instagramnya itu adalah peminat sejati Siti, sebaliknya ada juga pemilik akaun palsu.

“Ada juga akaun-akaun palsu yang menulis komen di Instagram saya. Bila dibuka dan diselidik, rupanya tak ada gambar pun. Peminat Siti pun ada yang memaklumkan bahawa itu bukanlah daripada kalangan mereka (peminat setia),”

– Noraniza Idris

Terbaru, Noraniza akan hadir di acara Malai Fest 2020 yang juga menampilkan Malai Solo Noraniza Idris in Concert pada 11 dan 12 September 2020 di Istana Budaya.

Kenyataan ini juga turut dipersetujui Noraniza yang memaklumkan, tidak semua yang menulis komen di Instagramnya itu adalah peminat sejati Siti, sebaliknya ada juga pemilik akaun palsu.

Semoga perkara ini tidak berlarutan dan dapat diredakan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Kak Ani. Yang suka bikin provokasi tu henti-hentikan lah ye. Sekian dulu dari Budiey Channel. Bertemu lagi dalam buletin yang seterusnya. 

What do you think?

6433 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Zahirah & Maya Karin Fighting dalam Filem BULAN & PRIA TERHEBAT

Ammar Alfian Jawab Kontroversi Video Tak Senonoh Yang Tular