in ,

Kutipan Hantu Kak Limah Melebihi RM9 juta Dalam Tempoh 4 Hari!

Astro Shaw dan Infinitus Gold hari ini telah mengumumkan filem Hantu Kak Limah (HKL) memecah rekod dengan mendapat kutipan melebihi RM 9 juta sehingga tayangan pada 12 Ogos.

Rekod ketiga ini menjadikan filem HKL sebagai filem tempatan pertama mendapat kutipan tertinggi selepas 4 hari ditayangkan.

Kutipan 4 Hari HKL

Terdahulu HKL mencipta sejarah apabila menerima kutipan tertinggi iaitu lebih RM650 ribu di hari pembukaan “sneak preview” pada 8 Ogos lalu, sekali gus mengukir kejayaan kutipan mencecah RM1.8 juta pada hari pertama tayangan.

Malah jumlah pawagam yang menayangkan filem ini turut bertambah menjadi 137 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei. Manakala, peminat dan penonton di Singapura boleh menonton di pawagam berhampiran mereka bermula 16 Ogos ini.

Penerbit Eksekutif, Dato’ Khairul Anwar Salleh, Gayatri Su-lin dan TP Lim mengucapkan jutaan terima kasih kepada penonton, rakan media dan pihak pawagam di atas sokongan terhadap filem ini.

Filem terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold ini diarahkan oleh Mamat Khalid dan dibintangi oleh Dato’ Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Dato’ Seri Vida.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem THE NUN

Media Prima Berhad Lancar Kempen #KitaPunya Sempena Merdeka