in ,

Kumpulan SOFAZR Lancar Album Terbaru 1DEKAD

Bermula pada tahun 2003 sehingga 2013 maka genaplah 10 tahun SOFAZR memperjuangkan muzik mereka dalam industri muzik tanahair. Mampu bertahan selama sedekad bukanlah satu kerja mudah apatah lagi dengan industri muzik sering ada pasang surutnya, keadaan ini menyebabkan ramai band-band yang seangkatan mereka telah berpecah belah. Bagi meraikan 10 tahun bersama maka, SOFAZR kembali muncul dengan album terbaru mereka yang berjudul `1 DEKAD’.

Sofazr- 1 Dekad Cover

1 DEKAD merupakan album ke 7, SOFAZR yang kini berada di bawah label KRU Music Sdn Bhd. “Semenjak kami bertapak di dalam industri ini, kami sudah memiliki 6 buah album tetapi untuk album `1 DEKAD’, kami memilih untuk berkerjasama dengan KRU Music berdasarkan kejayaan single pertama “Pencinta Terbaik” yang menjadi runut bunyi untuk filem `Cinta Kura Kura’ dan sejurus itu dengan kepercayaan yang diberikan kepada kami maka terlahirlah album ke- 7 ini”, ujar Zimi selaku pemain gitar kedua mewakili ahli kumpulannya yang lain.

1 DEKAD ini memuatkan 6 buah lagu diantaranya “Hanya Diriku”,“Tak Berhujung Pagi”, “Mendung”, “Tak Bisa Tanpamu”,”Pencinta Terbaik” dan terdapat sebuah lagu popular kumpulan KRU iaitu lagu “Ooh! La! La!”, turut di rakamkan semula bersama susunan muzik yang telah diberi nafas baru dan di muatkan di dalam album ini. Taruhan single terbaru menerusi “Hanya Diriku” dengan alunan suara `emas’ Aremeer pasti akan menjadi igauan peminat SOFAZR.

SOFAZR yang dianggotai oleh 6 orang anak muda ini terdiri daripada , Aremeer (vokalis), Zimi (gitar kedua), Shah (gitar utama), One (pemain drum), Fairuz (pemain bass), dan Rodie (keyboard) mengakui berasa sangat bertuah kerana memiliki peluang untuk bernaung di bawah label KRU Music.

“Pelbagai ranjau pahit dan manis telah kami tempuhi semasa mula-mula hendak bertapak di dalam industri, jatuh dan bangun, alhamdulillah kami masih bertahan. Kini, di hari ini, sudah sepuluh tahun kami bertapak di dalam industri dan bila di tanya kenapa kami memilih judul “1 DEKAD” untuk album kami kali ini, inilah jawapannya”, sambung Zimi lagi.

Selama 1 dekad bersama dan terhasilnya 7 buah album ternyata SOFAZR bukanlah calang-calang kumpulan muzik di Malaysia, nama mereka juga cukup dikenali dan diterima baik di negara jiran, Indonesia. SOFAZR juga pernah tercalon dan memenangi kategori Duo Berkumpulan di Anugerah Planet Muzik dan Anugerah Bintang Popular pada tahun 2007. `1 DEKAD’ merupakan karya terbaru SOFAZR untuk semua peminat mereka yg sentiasa bersama menyokong mereka dan akan berada di pasaran pada 28hb Oktober 2013.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Dapat Gelaran Syarikat Berpengurusan Terbaik Asia

Senarai Giliran Lagu Bertanding di Anugerah Juara Lagu 28