in ,

Kumpulan Maynine Pertaruhkan TAK KUASA

Bakat baru yang bakal menghiasi tahun 2019, kumpulan yang dikenali sebagai Maynine kini melancarkan sebuah single terbaru berjudul TAK KUASA. Wah! Catchy nya judul lagu… Jangan pulak korang TAK KUASA nak dengar.

Kumpulan Maynine mungkin nama baru di industri muzik tanahair,kumpulan yang berasal dari Pahang & Kuala Lumpur ini mula melancarkan single pertama mereka berjudul “Tak Kuasa” hasil ciptaan Joe Slash ini pada Oktober lalu kini mula mendapat perhatian peminat muzik tanah air.

Maynine di anggotai oleh 6 anak muda yang berumur antara 19-21 tahun iaitu Emmer (Vokal) ,Firdaus (Pemain Dram),Nabil (Pemain Gitar 1),Fahmi (Gitar 2),Fariz (Pemain Bass), Amir (Pemain Keyboard). Bakat mereka mula di cungkil oleh Alin pemain dram kumpulan Slash ketika itu mengenali firdaus pada ketika itu sedang menuntut di Akedemi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Firdaus memperkenalkan Nabil ,Fariz dan Amir yang juga menuntut di ASWARA. Selepas itu firdaus juga memperkenalkan Emmer dan Fahmi yang juga merupakan kenalkan firdaus di kuantan.

Maynine

Pemilihan Emmer sebagai penyanyi utama Maynine sangat tepat kerana Emmer pernah menjadi perserta program hiburan MYstar LG dan Oolala dan juga mempunyai pengalaman luas dalam bidang nyanyian.Lagu ini di rakam di NAR Studio dan Sinar Studio milik Mus May yang memberi mereka idea menamakan kumpulan merea Maynine merujuk kepada pemilik rakaman ini iaitu Mus May dan juga tarikh mereka bertemu 9hb.jesteru itu mereka menamakan kumpulan ini “Maynine” ujar firdaus sebagai ketua kumpulan.

Kumpulan Maynine Pertaruhkan TAK KUASA

Mengenai Single “Tak Kuasa”
Lagu ini di tulis sepenuhnya oleh joe slash yang berkonsepkan “poprock” manakala liriknya pulak mengisarkan tentang kesedihan seseorang lelaki yang mendapat tahu tentang kecurangan kekasihnya dengan kawan baiknya sendiri. Walaupun liriknya sedih tetapi cara susunan lagu ini rancak dan tidak membosankan Ujar Joe Slash megenai lagu ini. Muzik Video lagu ini telah dilancarkan di youtube Astakona entertainment dan telah mencecah lebih 6,000 tonton ketika ini. Muzik Video boleh di layari di link https://www.youtube.com/watch?v=c0-GcB8Md1s

Astakona Entertainment
Astakona Entertainment adalah satu-satunya syarikat rakaman bumiputra yang baru saja beroperasi 2 tahun lalu dan telah mempunyai artis di bawah naunganya seperti kumpulan slash, Ucopp bukan sekadar rupa dan Kumpulan Maynine sendiri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Telemovie AMBON

Konsert Siti Nurhaliza On Tour di Jakarta, Singapura, Kuala Lumpur