in

Kumpulan Firdaus Bakal Lancar Album Terbaru SAAT TERINDAH

Sebuah kumpulan nasyid bergelar kumpulan Firdaus bakal melancarkan album terbaru berjudul SAAT TERINDAH pada hari Rabu ini. Nampaknya majlis ini bakal menjadi meriah dan grand apabila YB Dato’ Mukhriz Tun Mahathir bersetuju untuk turut hadir melancarkan album ini.

Album ini ada 9 buah lagu yang menggabungkan mood dari pelbagai genre seperti rock alternatif, balada dan juga hip hop. Liriknya sangat universal.

Kumpulan Firdaus dianggotai oleh 5 orang anak muda yang katanya agak suka bereksprimental dengan muzik dan versatiliti nyanyian mereka.Sebelum ini, Firdaus terkenal dengan lagu hit Ku Berlari di mana Firdaus berduet dengan Cat Farish dan Akbar.

Kumpulan ini terlibat secara sepenuhnya dalam penerbitan album terbaru ini. Album ini adalah album yang ke-4 kumpulan Firdaus sepanjang penubuhan kumpulan mereka pada tahun 1997.

Dalam album terbaru ini, Firdaus mempertaruhkan single Sabar Sajalah sebagai single pertama mereka di mana mereka berkolaborasi dengan Zizan Razak, Cat Farish dan BeeRu.

Bukan itu sahaja, Firdaus juga menjemput artis lain untuk berduet dengan mereka seperti Noh Hujan dan Sheila Abdull dalam lagu Ku Beraksi, Zahid dalam lagu Masihkah Ada Cinta dan Pretty Ugly dalam lagu Semua Milik Kita.

Budiey lihat nama-nama besar juga terlibat dalam menyiapkan album ini sebagai komposer iaitu Faizal Tahir, Cat Farish, Aiman, Neves Pretty Ugly, Yasin, Haris Isa dan kumpulan Firdaus sendiri.

Album ini akan diedarkan oleh Warner Music.

Budiey ucapkan selamat maju jaya dan tahniah buat kumpulan Firdaus ya.

Poster



Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

adidas Body Care Lancar Pertandingan Futsal adidas EXTREME POWER 5s

Astro Bakal Melancarkan Astro On The Go