in ,

Tahniah! Kumpulan Bocey Juara Maharaja Lawak Mega 2016

Budiey nak ucapkan tahniah buat Kumpulan Bocey yang telah menjadi juara juara Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016), malam tadi di Stadium Tertutup Perbadanan Pasir Gudang, Johor Bahru. Maka tepatlah ramalan ramai yang mengatakan Kumpulan Bocey jadi juara seterusnya menerima hadiah wang tunai RM500,000 berserta sebuah trofi sumbangan Astro.

Hos MLM 2016, Datuk AC Mizal begitu teruja untuk mengumumkan keputusan itu. Begitu juga dengan keadaan dewan yang sangat meriah dengan tepukan dan sorakan buat Fad, Achey dan Abam.

Tahniah! Kumpulan Bocey Juara Maharaja Lawak Mega 2016

Manakala, Kumpulan Joras yang dianggotai oleh Joey, Rahim dan Shuk merangkul gelaran naib juara dan memenangi wang tunai RM250,000 berserta sebuah trofi.

Mamak dah Ali yang membentuk kumpulan Puteh pula menghuni tempat ketiga dan memenangi wang tunai RM150,000 berserta trofi.

Kumpulan LOL yang dianggotai Angah, Ajak dan Tauke berpuas hati di tempat ke-4 dan memenangi RM50,000 berserta trofi.

Di pertarungan akhir ini, dua tema telah diberikan kepada setiap finalis. Bagi pusingan pertama, mereka akan membuat persembahan bebas dan untuk pusingan kedua, tema muzikal harus dipersembahkan.

Maharaja Lawak Mega 2016 Akhir telah disiarkan di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) bermula jam 10.00 malam.

Seperti biasa, barisan juri yang mengadili dan memberi komen untuk setiap finalis pada malam tadi ialah Ziana Zain, Bunga Citra Lestari, Najip Ali dan Shaheizy Sam.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Filem & Drama Korea Menarik di TV9 Sepanjang Bulan Mei

Ning Baizura

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Filem MOTHER’S DAY