in

Kumpulan Al Mawlid Bakal Lancar Album

Terbaru, apa yang boleh Budiey berkongsi dengan anda semua, pada minggu ini, kumpulan Al Mawlid akan melancarkan album terbaru mereka.

Kumpulan Al Mawlid pernah menyemarakkan dunia muzik melalui genre hip hop dan R&B, begitulah transformasi bekas anggota Ruffedge, VE dan Innuendo yang terdiri daripada 5 orang ahli iaitu Amer, Lah, Pot, Azan dan Zaf.

Kumpulan Al Mawlid Bakal Lancar Album

Kalau dulu berimej R&B dan Hip Hop, kini mereka selesa berjubah serta berkopiah, terserlah gaya jejaka Muslim dalam diri Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge), Abdullah Ahmad (Lah VE), Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Zafri Nanarudin (Zaf VE).

Gabungan pemuda yang membentuk komuniti muzik dikenali sebagai Al Mawlid, mengundang perhatian lebih-lebih lagi lima jejaka itu pernah mencipta fenomena dalam showbiz tempatan. Melalui hijrah itu, Al Mawlid memperjuangkan lagu berbentuk dakwah dan puji-pujian ke atas Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.

“Kami sepakat mahu dikenali sebagai Al Mawlid. Ia bermaksud kelahiran Rasulullah. Tapi, kami anggap ianya juga satu simbolik kepada kelahiran semula kami dalam bidang nyanyian menerusi wadah perjuangan yang baru.

“Bagaimanapun, kami tidak mahu dilabel sebagai kumpulan dakwah kerana masih belum layak lagi. Matlamat kami adalah untuk menyampaikan mesej yang baik kepada masyarakat menerusi nyanyian. Itu saja.

“Lagipun kami tidak terfikir untuk bergerak secara komersil lagi tetapi jika ada permintaan mungkin kami akan keluar dengan single satu persatu terlebih dahulu.”

Kumpulan Al Mawlid Bakal Lancar Album

Mereka kini bergerak dan membawakan lagu-lagu nasyid menerusi lagu Cahaya Seluruh Alam iaitu single yang dicipta oleh Amer, lagu Belaian Jiwa 1432 ciptaan Pot dan single berjudul Yang Penuh Dosa yang dicipta oleh Lah.

Album terbitan Inteam Records ini mengandungi 8 buah lagi iaitu

  1. Intro: Bacaan Al Quran & Selawat
  2. Mahalul Qiyam
  3. Cahaya Seluruh Alam
  4. Tholama
  5. Menuju Madinah
  6. Doa dari Mama (Interlude)
  7. Ingin Bersama Mu
  8. Cahaya Seluruh Alam (Minus One)

Peminat Al Mawlid boleh mendapatkannya di kedai CD berdekatan dengan harga RM24.90

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malaysia’s 1st Probiotic Mattress from King Koil Malaysia

Gambar Majlis Nikah One Sofazr & Ainul Shariza