in , ,

Program SEMBANG VIRAL Mengupas Kuasa Tular Di Media Sosial

Sudah menjadi trend masyarakat kini untuk berkongsi aktiviti harian, berita, gambar dan video di platform media sosial. Malahan, kuasa tular di media sosial juga dilihat sebagai strategi pemasaran yang paling berkesan.

Sembang Viral telah diperkenalkan oleh TV9 pada 13 September 2021 bertujuan membincangkan isu – isu tular yang dikongsikan netizen di media sosial daripada perspektif Islam secara santai bersama dengan ahli panel jemputan.

Mulai 1 Ogos 2022, Sembang Viral kembali dengan musim baharu dan bersiaran pada setiap hari Isnin, jam 10:30 malam di TV9. Dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor, program berdurasi 30 minit ini menampilkan ahli panel jemputan yang terdiri daripada pendakwah bertauliah, peguam syarie dan pakar motivasi serta selebriti jemputan yang sesuai dengan topik yang dibincangkan.

Sembangviral2_Ep1

Untuk musim baharu ini, Sembang Viral memperkenalkan segmen baharu ‘Netizen Tanya’ di mana Datuk Rosyam Nor akan membacakan soalan-soalan netizen berkaitan isu agama dan kehidupan menerusi laman media sosial rasmi TV9 iaitu @TV9Malaysia. Ahli panel jemputan akan memberikan penjelasan dan merungkai persoalan itu berdasarkan fakta dan panduan yang betul. 

Episod pertama akan membincangkan topik ‘Mempersendakan Agama’ bersama-sama dengan ahli panel jemputan iaitu Ustaz Amin (Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim) dan Caprice. Sejak disiarkan di TV9, Sembang Viral berjaya mencuri perhatian penonton dan menerima sambutan yang sangat memberangsangkan. Ia mula bersiaran sebagai kapsul berdurasi 10 minit sebanyak 154 episod dan juga mempunyai edisi khas 6 episod selama satu jam di bulan Ramadan lepas yang diberi nama Sembang Viral Mega. 

Ahli Panel Jemputan Ep 1 Ustaz Amin

Saksikan Sembang Viral Musim Ke-2 bermula 1 Ogos 2022, setiap hari Isnin, pukul 10:30 malam di TV9 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my. 

Sembang_Viral_2_Poster

Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari http://www.xtra.com.my/ dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial.

Datuk Rosyam Nor (Hos Sembang Viral)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Portal Featured 7 | 21

Hitman Solutions Bakal Anjur JUBIN NAUTIYAL: LIVE IN MALAYSIA

Fesyen Travel Trending | 22

Lets Discover the Best of Langkawi for Your Dream Vacation