in ,

KRU Rakam Semula Lagu Popular Sempena Ulangtahun

Raikan Ulangtahun ke 19 KRU dengan 19 lagu-lagu terbaik KRU

Sempena sambutan ulang tahun KRU yang ke-19, KRU telah merakam semula 19 buah lagu-lagu popular mereka iaitu 2, Apa Saja, Awas, Balada Hati, Bidadari, Di Dalam Dilema, Fanatik, Jangan Lafazkan, Janji Tinggal Janji, Luarbiasa, Mengerti, Negatif, Ooh La, Perpisahan Terasing, Sampai, Sayang, Terhangat Di Pasaran, dan Untukmu.

Keistimewaan lagu-lagu tersebut adalah ianya belum pernah di jual secara digital sebelum ini untuk  mana-mana syarikat komunikasi. Selain itu, rakaman semula  ini di buat khusus untuk semua peminat-peminat KRU yang selama ini telah menyokong KRU sejak muncul di persada dunia seni tanah air.

Di samping itu juga, bagi meraikan ulangtahun KRU yang ke-19 ini, KRU bersama CELCOM dan Maxis telah menganjurkan peraduan bagi menghangatkan promosi lagu-lagu ini.Dua peraduan telah dijalankan iaitu muat turun dan menang

Bagi pelanggan Celcom peraduan ini bermula dari 1hb Jun 2011 sehingga 31 Jun 2011. Pelanggan Celcom akan menerima hadiah yang begitu lumayan sekiranya mereka memuatturun lagu-lagu KRU seperti hadiah utama adalah lawatan ke Singapore & Universal Studios untuk dua (2) orang. Untuk tempat kedua pula, hadiah yang ditawarkan merupakan pakej lawatan ke KRU Studios di Cyberjaya untuk lima (5) orang, manakala hadiah berupa barangan dari KRU Studios untuk lima (5) orang untuk pemenang saguhati.

Peraduan muatturun dan menang dengan pelanggan Maxis juga bermula dari 1 jun 2011–31 Jun 2011. KRU juga merupakan Artis Bulan Jun di Maxis Unlimited. Pelanggan-pelanggan Maxis juga ditawarkan hadiah iaitu tiga unit Sony PSP.

Walaupun KRU kini telah berkembang dalam pelbagai aspek, namun KRU Studios tidak sesekali melupakan jasa peminat-peminat yang selama ini telah membesar dengan lagu-lagu dari KRU.Justeru itu, dengan adanya peraduan seperti ini, sedikit sebanyak dapat memberikan kepuasan kepada peminat-peminat KRU di luar sana.

Jadi apa tunggu lagi, muatturunlah nada dering panggil anda sekarang. Untuk pelanggan Celcom anda boleh melayari www.channelx.com.my/mdp/promo_kru.jsp. Manakala bagi pelanggan Maxis pula layarilah www.musicunlimited.com.my/maxisweb.

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pangkalan Maut Pulau Pinang

Halaqah Sentuhan Qalbu Musim Kedua