in ,

KRU Bakal Adakan Majlis Perasmian Kartun Studios

KRU telah menubuhkan Kartun Studios Sdn Bhd iaitu sebuah studio animasi yang khusus kepada penerbitan filem dan rancangan televisyen dalam format Animasi 2D dan 3D. Budiey dapat tahu, Kartun Studios ada beberapa rangkaian pengedaran di peringkat global dan “Ribbit”, filem pertama terbitannya bakal diedarkan ke lebih 80 buah negara.

Satu acara perasmian akan berlangsung bagi merasmikan Kartun Studios yang akan berlangsung pada 18 Jun ini, hari Rabu di KRU Academy, Cyberjaya. Majlis akan dirasmikan oleh Y.B Dato’ Sri Ahmad Shabery Bin Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Budiey nak ucapkan syabas dan tahniah buat KRU yang telah melangkah selangkah lagi dalam penerbitan filem animasi sekaligus ini akan membawa nama negara ke mercu antarabangsa. Tahniah!

Selepas filem Ribbit pasti ada banyak lagi perancangan dan filem animasi akan dihasilkan. Sama-sama kita nantikan.

norman-kru-halim

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maya Karin Dilantik Jadi Duta GreenTech Malaysia

Enrique Iglesias Bakal Perform di Isle of MTV 2014