in

KPF Tegaskan Proses Bayar Saham Ikut Keutamaan Ahli

Pengurusan KPF Perjelas Strategi Bayaran Saham Dan Fokus Kelangsungan Jangka Panjang Buat Ahli Koperasi Felda

Dalam usaha meredakan kebimbangan dan persoalan dalam kalangan ahli koperasi, Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) tampil memberi pencerahan tentang proses pembayaran hasil jualan saham. Menurut kenyataan rasmi, pembayaran ini sedang dijalankan secara berfasa, dengan memberi keutamaan kepada ahli yang berada dalam keadaan terdesak, sambil memastikan proses ini berjalan secara telus dan teratur mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Menurut jurucakap pengurusan KPF, koperasi ketika ini sedang giat menyusun semula portfolio aset pelaburanmereka. Usaha ini dilakukan untuk memastikan aset yang dimiliki memberi pulangan optimum kepada ahli. Aset yang kurang berdaya saing akan dilupuskan secara strategik, sekaligus mengimbangi keperluan semasa dan masa depan pemegang saham.

Kami memiliki lebih RM4 bilion aset, dan kami sedang menilai secara profesional aset mana yang sesuai untuk dilupuskan bagi tujuan memenuhi tuntutan semasa ahli dan pada masa sama memperkukuh pelaburan jangka panjang,” kata wakil pengurusan.

KPF Tegaskan Proses Bayar Saham Ikut Keutamaan Ahli

Keutamaan Diberikan Kepada Ahli Dalam Situasi Genting

Dalam menjayakan proses pembayaran ini, KPF memperkenalkan sistem “green lane” – satu kaedah yang memberi keutamaan kepada ahli yang benar-benar memerlukan, seperti warga emas, mereka yang sedang menjalani rawatan perubatan, dan ahli yang mempunyai keperluan mendesak seperti mengerjakan haji. Bagi ahli lain, pembayaran tetap dilakukan secara berperingkat mengikut giliran, dengan penekanan terhadap ketelusan dan keadilan.

KPF juga tampil menjawab salah faham orang ramai yang mungkin menyamakan fungsi koperasi dengan bank atau institusi kewangan lain. Mereka menegaskan bahawa sebagai sebuah koperasi, KPF beroperasi mengikut undang-undang dan garis panduan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta mempunyai tanggungjawab yang berbeza.

Koperasi bukan seperti bank. Setiap pelaburan ada tempoh matang dan pengurusan dana dilakukan secara berhemah dan mengikut peraturan,” tambah mereka.

Inisiatif Baharu Tingkatkan Pulangan Kepada Pemegang Saham

Dalam langkah strategik yang lebih luas, KPF kini diberikan mandat khas sebagai ejen tunggal pembelian buah tandan segar (BTS) daripada peneroka Felda. Inisiatif ini bukan sahaja menyumbang kepada kelangsungan ekonomi peneroka, tetapi juga dijangka meningkatkan pulangan kepada ahli koperasi bermula tahun ini dan untuk jangka masa panjang.

Kami optimis bahawa inisiatif baru ini akan memperkukuh prestasi perniagaan dan membolehkan kami memberikan pulangan yang lebih baik kepada pemegang saham,” ujar mereka penuh yakin.

KPF Tegaskan Proses Bayar Saham Ikut Keutamaan Ahli

Kepercayaan Dan Sokongan Ahli Jadi Tulang Belakang KPF

Mengakhiri kenyataan mereka, KPF tidak lupa untuk menghargai sokongan padu daripada semua pemegang saham. Mereka menyeru semua ahli supaya terus memberikan kepercayaan dan memahami hakikat bahawa KPF telah berkhidmat selama lebih 43 tahun tanpa merekodkan sebarang kerugian – satu pencapaian yang menunjukkan keteguhan struktur dan integriti pengurusan koperasi ini sejak dahulu lagi.

KPF Tegaskan Proses Bayar Saham Ikut Keutamaan Ahli

Apa Kata Budiey?

Pada pandangan Budiey, usaha KPF untuk tampil memberi penjelasan secara terbuka adalah langkah yang sangat wajar dan dihargai, terutama dalam waktu yang agak sensitif ini. Keutamaan kepada ahli terdesak dan penyusunan semula aset merupakan tindakan yang menunjukkan bahawa pengurusan benar-benar faham denyut nadi keperluan ahlinya. Namun begitu, Budiey berpendapat bahawa komunikasi secara berkala dan lebih telus perlu dipertingkat, supaya ahli tidak merasa terpinggir atau tertanya-tanya.

Langkah menjadikan KPF sebagai ejen tunggal pembelian BTS pula adalah satu peluang besar untuk memperkukuh aliran tunai dan membuka jalan kepada pulangan yang lebih mapan. Jika semua pelan ini direalisasikan dengan cekap dan penuh integriti, KPF boleh kekal menjadi entiti koperasi yang teguh, moden dan mesra ahli dalam menghadapi cabaran masa depan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Showcase Malam Mendengar Nadin Amizah Gegar Kuala Lumpur