in , ,

Kotak Sumbangan Misi Banjir Media Prima Audio Bersama Giant Malaysia 

Kotak Sumbangan Misi Banjir Media Prima Audio Bersama Giant Malaysia Kepada Mangsa Banjir

Rangkaian radio Media Prima Audio (MPA) bersama Giant Malaysia akan menyalurkan bantuan kepada mereka yang terkesan akibat banjir seperti barangan keperluan dengan menyediakan kotak sumbangan di Giant Kota Damansara bermula minggu ini. 

Orang ramai yang ingin menderma juga boleh membeli barangan di Giant dan letakkan barangan tersebut di dalam kotak yang disediakan. 

Kotak Sumbangan Misi Banjir Media Prima Audio Bersama Giant Malaysia

Rangkaian radio Media Prima Audio (MPA) yang merangkumi lima stesen radio iaitu Hot FM, Buletin FM, Molek FM, Fly Fm & 8FM akan membawa kotak sumbangan yang telah dikumpul bermula minggu ini ke kawasan yang dilanda banjir. 

MPA juga akan menghantar penyampai radio dan kakitangan MPA ke kawasan yang dilanda banjir bagi mengagihkan barangan tersebut. 

Tidak cukup dengan ucapan dan doa kami tujukan, MPA akan menyediakan keperluan asas dan kami berharap dengan sumbangan tersebut dapat membantu menangani kesusahan yang melanda mereka.

Kami berbesar hati dan gembira dapat bekerjasama dengan Giant Malaysia dalam memberikan sokongan kepada mangsa banjir. 

– Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran

Antara sumbangan yang akan diberikan adalah barangan keperluan seperti makanan, minuman, tuala, pakaian, lampin, tuala wanita, kain batik, kain sarung dan keperluan solat. 

Barangan tersebut akan diagihkan kepada mangsa yang telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara  (PPS) di kawasan banjir tersebut. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SALAM TAIWAN

Lima Fakta Tentang Islam di Negara Taiwan Yang Anda Perlu Tahu

Buletin TV9 Tambah Durasi Siaran Bermula Pada 1 Januari 2023