in

Konvokesyen KRU Academy Yang Pertama Kesemua Pelajar Lulus Cemerlang

[dropcap]S[/dropcap]etelah dilancarkan oleh Y.A.Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 pada 4hb Jun 2012; KRU Academy telah mencatat sejarah dengan meraih kejayaan cemerlang bagi kesemua pelajar yang mengikuti kursus Kesan Khas Visual, Animasi 2D dan Animasi 3D dengan markah purata 91.19%. Kesemua kursus CGI ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, MDeC serta majikan-majikan didalam industri kreatif.

KRU Academy

Menurut Norman Abdul Halim, Presiden Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU:

“Industri kreatif menjana perolehan sebanyak RM15billion diperingkat tempatan dan US$1.4trillion diperingkat global pada tahun 2012. Banyak peluang pekerjaan dan perniagaan telah dicipta dan bakal dicipta hasil sokongan padu Kerajaan Malaysia terhadap industri ini dan pastinya akan menjadi salah satu penyumbang utama bagi ekonomi Negara kita menjelang tahun 2020. Sumbangan industri kreatif tidak harus dilihat dari sudut ekonomi semata-mata tetapi juga memperkayakan khazanah budaya serta mempertahankan jatidiri sesuatu bangsa.”

Untuk membantu menjayakan wawasan Malaysia mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi, membudayakan inovasi dan kreativiti, serta meningkatkan kemahiran dan jumlah modal insan tempatan yang berkualiti didalam industri kreatif, KRU Academy bakal menawarkan mempelbagaikan program peringkat sijil dan diploma vokasional berkaitan industri kreatif mulai sesi pengambilan pelajar pada Julai 2013.

Prof Dato’ Dr Nazaruddin Abdul Jalil, Pengerusi KRU Academy berkata

“Kursus-kursus Kesan Khas Visual, Animasi 3D dan Animasi 2D hanya permulaan bagi KRU Academy. Insya’allah, pada Julai nanti KRU Academy akan mula memperkenalkan pelbagai program secara berperingkat seperti Seni Persembahan, Pengarahan & Penulisan Skrip, Penerbitan, Suntingan, Penataan Bunyi, Sinematografi dan sebagainya untuk melahirkan para profesional generasi baru yang berdaya saing dan inovatif memenuhi keperluan industri. Usaha kami bukan saja tertumpu kepada kursus-kursus di institusi kami, tetapi kami turut menjalankan program “Kreatif X-Press” di sekolah-sekolah menengah diseluruh negara bagi mencungkil bakat serta membudayakan inovasi dikalangan murid sekolah.”

Kreatif X-Press merupakan program anjuran Kementerian Sains, Inovasi dan Teknologi dengan kerjasama KRU Studios dan KRU Academy di sekolah-sekolah menengah yang terpilih bagi memberi pendedahan para murid kepada peluang-peluang didalam industri kreatif. Pada 2012, Kreatif X Press berjaya dijalankan di 8 buah sekolah dengan penyertaan 4,000 murid bagi Ceramah Kerjaya, 600 murid bagi Ujian Melukis dan 120 murid yang menyertai Bengkel Animasi 2D.

Pada tahun 2013, Kreatif X Press bakal diadakan di 20 buah sekolah menengah (di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak) mulai pertengahan Mei 2013.

Pada majlis yang sama, Motion Pictures Association yang mewakili 6 studio besar di Amerika Syarikat (Disney, Warner Bros, Universal, Paramount, Sony Pictures dan Twentieth Century Fox) turut menyampaikan sumbangan hadiah khas bagi pelajar cemerlang KRU Academy, Hamdy Khushairy bin Mohidin Yahya.

Prof Dato’ Dr Nazaruddin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada tenaga pengajar serta ibubapa yang memberi sokongan kepada kejayaan para pelajar KRU Academy.

Sekalung tahniah kepada para graduan KRU Academy. Semoga kejayaan mereka ini akan membuka peluang lebih besar kepada mereka untuk berjaya didalam industri kreatif.

Sesi pengambilan pelajar bagi bulan Julai 2013 kini dibuka. KRU Academy akan turut membantu para pemohon bagi mendapatkan biasiswa dan pinjaman pengajian tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Untuk memohon, sila emel kepada [email protected]

KRU Academy

KRU Academy

KRU Academy

KRU Academy

KRU Academy

KRU Academy

KRU Academy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Majlis Pembacaan Skrip Filem Tujuh

Prestasi Maxis Bagi Suku Pertama 2013