in , ,

Kontrak Tom Holland Sebagai Spider-Man Disambung Jadi Trilogi

Tom Holland nampaknya akan kekal dalam Marvel Cinematic Universe untuk sekurang-kurangnya tiga lagi filem!

Menurut laporan Comicbook, Holland dikhabarkan telah menandatangani kontrak baru bersama Sony Pictures, dengan kerjasama Marvel Studios, untuk kembali sebagai Peter Parker dalam sekuel Spider-Man. 

Perkhabaran itu hadir dari podcast The Hot Mic with Jeff Sneider and John Rocha

Menurut sumber Sneider, Holland telah mengikat perjanjian untuk filem Spider-Man 4 yang masih belum mempunyai tajuk.

Walaupun masih belum disahkan, Sneider berkata, kontrak Holland yang diperbaharui termasuklah satu lagi trilogi Spider-Man dan sekurang-kurangnya tiga lagi penampilan – yang mana tidak dipastikan sama ada penampilan itu untuk MCU atau Universe Spider-Man Sony. 

Tahun lepas, penerbit francais Spider-Man Amy Pascal berkata Sony merancang “tiga filem seterusnya” dengan Holland dan Kevin Feige pula, seolah-olah mengesahkan studio Marvel telah mencapai perjanjian lain.

Ini bukan filem terakhir yang kami akan buat bersama Marvel – [ini bukan] filem Spider-Man yang terakhir,” kata Pascal kepada Fandango semasa mempromosikan No Way Home.

Kami sedang bersiap sedia untuk membuat filem Spider-Man seterusnya bersama Tom Holland dan Marvel. Kami memikirkan ia sebagai tiga filem, dan kini kami akan pergi ke tiga filem seterusnya. Ini bukan yang terakhir dalam MCU.”

Selepas No Way Home mencipta rekod kutipan minggu pembukaan, Feige berkata bahawa kedua-dua studio telah memulakan perancangan untuk sekuel No Way Home. 

“Saya dan Amy serta Disney dan Sony sedang berbincang mengenainya — ya, kami mula aktif mengembangkan ke mana arah tuju cerita seterusnya. Saya berterus-terang kerana saya tidak mahu peminat mengalami sebarang trauma perpisahan seperti apa yang berlaku dalam No Way Home,” kata Feige kepada The New York Times.

Pada 2015, Sony dan Disney menandatangani perjanjian lima filem yang membenarkan Spider-Man muncul dalam Marvel Cinematic Universe. 

Di dalam perjanjian itu, Holland akan membuat debut dalam Captain America: Civil War sebelum muncul dalam Spider-Man: Homecoming, dengan Feige dan Marvel Studios menerbitkan filem solo Spider-Man untuk Sony.

Spider-Man kemudian menyertai Avengers: Infinity War dan Avengers: Endgame untuk Marvel, tetapi perjanjian itu tamat menerusi filem Spider-Man: Far From Home.

Konflik antara Sony dan Disney timbul apabila kedua-duanya tidak bersetuju dalam perjanjian baharu, mengenai pembiayaan bersama untuk filem ketiga Spider-Man, dan konflik tersebut mengancam Spider-Man untuk ditarik keluar dari MCU. 

Akhirnya, mereka berunding semula, dan memperbaharui perjanjian mereka, dan No Way Home antara yang termasuk dalam perjanjian baharu itu. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple Lepaskan Kemaskini iOS 16.1.1, Tiada Lagi Masalah Pepijat

Amin Idris Dedah Ustazah Siti Afifah Tiada Background Pengajian Agama