in

Ulasan Konsert Mentor Otai Minggu Pertama

BEKAS JUARA SINARAN PASSPORT KEGEMILANGAN TUNJUK BELANG!

Pada hari Ahad lalu, lapan protégé, Azran & Elvira (Misha Omar), Alina & Ayie (Siti Sarah), AJ & Wan (Tam Spider), serta Azee & Lokman (Zarul Husin) telah berentap di pentas Mentor Otai buat kali pertama. Menempuh setiap kegugupan mereka pada malam itu, Alina Hassan telah menyampaikan lagu ‘Samar Bayangan’ dengan begitu baik sehingga dinobatkan juara mingguan dan membawa pulang sebuah hadiah misteri sumbangan Fellera Beauty.

Walau bagaimanapun, Azran dan Lokman telah menyampaikan persembahan yang kurang memuaskan menyebabkan mereka jatuh ke tangga dua terbawah. Namun begitu, bersepakat dengan Mark Adam, ketua juri tetap Edry Abdul Halim telah menyelamatkan mereka daripada penyingkiran dan memberikan mereka satu lagi peluang untuk menebus kekurangan mereka.

Menurut Siti Sarah, Mentor kepada juara mingguan, Alina Hassan, “Kejayaan Kak Alina pada malam ini terletak pada penghayatannya. Selama seminggu ini, Kak Alina terlalu memikirkan gerak gerinya di atas pentas sehingga menjejaskan penghayatan lagunya. Namun, malam ini Kak Alina telah memberikan fokus penuh dalam penyampaiannya, dan Alhamdulillah, dia berjaya.”

“Saya berasa sebak malam ini apabila melihat Kak Alina menyampaikan lagu ‘Samar Bayangan’ itu kerana saya tahu pahit getir yang telah Kak Alina lalui demi menyara keluarganya. Lagu itu juga mengisahkan keperitan yang dihadapi seseorang yang telah dilupakan seorang diri, kesepian. Keajaiban Kak Alina pada malam ini adalah dia berjaya menyanyikan lagu itu seolah-olah dia sedang menceritakan keperitan hidupnya. Sebagai mentornya, saya akan sokong perjuangan Kak Alina sehingga Kak Alina berjaya nanti, Insya Allah.” ujarnya lagi.

Alina

Konsert Battle Pertama Mentor Otai telah dibuka dengan persembahan duet-medley Misha Omar dan Siti Sarah yang telah mendendangkan medley “Dedebu Cinta dan Bersamamu”. Mentor Zarul Husin dan Tam Spider pula telah membawakan lagu “Bukalah Hatimu dan Kasih Latifah”. Selain itu, konsert ini turut menampilkan persembahan protégé pilihan Amizah dengan lagunya “Senggol Senggolan Cubit Cubitan” dan diakhiri dengan persembahan tetamu jemputan, Joey Bumiputra Rockers (BPR) dengan persembahan medleynya “Dari Sinar Mata & Aku Hanya Serangga”.

Mark Adam dan Edry Abdul Halim sebagai Juri Tetap

Para penonton pula telah memulakan tugas mereka sebagai pengadil persembahan protégé Mentor Otai melalui undian atas talian bermula pukul 6.00 petang sehingga diumumkan waktu talian undian ditutup. Dengan melayari www.xtra.com.my/mentorotai, seorang penonton boleh mengundi sebanyak tiga kali, tidak kira mana-mana protégé. Contohnya, mereka boleh mengundi Azran sebanyak tiga kali, atau meletakkan satu undian untuk Azran, Elvira, dan Alina. Undian mereka akan diambil dikira sehingga persembahan terakhir konsert mingguan tersebut dan markah keseluruhan setiap protégé akan diset semula di minggu hadapan.

Kesemua persembahan protégé akan diadili oleh juri tetap, Edry Abdul Halim dan Mark Adam yang mempengaruhi 50% daripada markah keseluruhan mereka. Markah mereka akan ditambahkan pula dengan 20% undian juri awam, dan 30% undian atas talian melalui laman web www.xtra.com.my/mentorotai. Protégé yang mempunyai markah terendah di setiap akhir konsert mingguan, mungkin akan tersingkir.

Pada malam itu, para protégé telah membuat persembahan seperti di dalam jadual di bawah. Lagu-lagu nyanyian mereka ini adalah daripada persetujuan bersama antara protégé dan mentor.

PROTEGE LAGU
Azee

(Zarul)

Segalanya Pasti

(Aida Agil)

Ayie

(Sarah)

Bunga Angkasa

(Terra Rossa)

Azran

(Misha)

Ku Pendam Sebuah Duka

(Khatijah Ibrahim)

Irwan

(Tam)

Mengapa Sepi Tanpa Berita

(Steps)

Alina

(Sarah)

Samar Bayangan

(Nicky Astria)

Lokman

(Zarul)

Seksa

(Ukays)

AJ

(Tam)

Benci Bilang Cinta

(Radja)

Elvira

(Misha)

Menghitung Hari

(Kris Dayanti)

Dalam pertandingan nyanyian ini, selain memenangi trofi Mentor Otai yang akan dianugerahkan kepada penyandang gelaran Juara, Naib Juara, dan tempat ketiga, para protégé juga akan merebut sebahagian daripada hadiah wang tunai berjumlah RM170,000. Juara Mentor Otai akan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, manakala hadiah wang tunai untuk pemenang Naib Juara Mentor Otai adalah RM50,000 dan tempat ketiga adalah berjumlah RM20,000.

Bersama Haziq Hussni (Hot FM) dan Elly Mazlein ini akan bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Program ini juga menampilkan Mark Adam dan Edry Abdul Halim sebagai juri tetap.

Mentor Otai diterajui oleh Encik Muhamad Sufian Che Isa selaku Penerbit Eksekutif dan Abdul Ghani Mohd Mokhtar selaku Penerbit Mentor Otai. Program ini juga mendapat sokongan geng media seperti Geng Media Online BH Online dan Oh! Bulan, Geng Strim Live HD tonton serta geng radio Kool FM.

Buat mereka yang tidak berkesempatan untuk menonton siaran langsung Mentor Otai ini, saksikan siaran ulangannya pada setiap hari Jumaat, pukul 9.30 pagi di TV3 bermula pada 23 Mac atau di portal video nombor satu negara, tonton (www.tonton.com.my). Saksikan juga paparan menarik dibelakang tabir persediaan-persediaan para protege bersama mentor mereka dalam Jurnal Mentor Otai setiap hari Ahad, 6.00 petang bermula 18 Mac 2018.

Buat para peminat yang ingin menyaksikan Mentor Otai secara langsung, kehadiran anda dialu-alukan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, dan masuk adalah percuma! Jangan lupa saksikan Mentor Otai Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, layari laman sosial Facebook, Instagram, dan Twitter @TV3Malaysia. Gunakan juga tandapagar #MentorOtai untuk hangatkan lagi perbualan di media sosial.

Persembahan pembukaan oleh Zarul dan Tam

Persembahan pembukaan oleh Siti Sarah dan Misha Omar

Lokman

Joey BPR membuat persembahan prelude

Haziq dan Elly Mazlein sebagai pengacara Mentor Otai

Elvira

Azran

AJ

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alvin Chong, Janna Nick & Joyce Chu Duta Vivo V9

Selebriti Popular Jayakan RAYA FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018