in ,

Konsert I Am Ziana Zain Dibatalkan Gara-Gara Masalah Dalaman

Berita yang baru Budiey terima pada petang ini, tentang Konsert I Am Ziana Zain yang sepatutnya berlangsung pada 27 September 2014 di MiTC Melaka terpaksa dibatalkan. Ini diperakui sendiri oleh satu kenyataan media yang dihantar oleh syarikat Gold Earth Pictures yang bertindak sebagai penganjur konsert. Ianya dibatalkan gara-gara masalah dalaman yang serius berkaitan dengan kos perbelanjaan keseluruhan konsertyang tidak teratur dan lengkap.

ziana-zain-rizman

Berikutan dengan situasi ini, beberapa individu yang bertanggungjawab oleh penganjur untuk menguruskan dan menyelaraskan konsert telah ditamatkan perkhidmatan.

Bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih rumit, pihak penganjur telah pun bertemu dengan Ziana Zain untuk memberitahu tentang masalah yang dihadapi. Hasil pertemuan ini, satu kata sepakat telah dibuat iaitu membatalkan konsert ini.

Kepada anda yang dah pun beli tiket, jangan risau ya. Budiey percaya ramai yang dah beli tiket sebab apa yang Budiey diberitahu, tiket dah banyak sold out. Jangan bimbang, pihak penganjur dengan kerjasama TicketPro akan memulangkan semula wang kepada pembeli tiket konsert mulai 30 Julai 2014 hingga 3 Ogos 2014 dengan syarat resit atau tiket mestilah dipulangkan semula kepada pihak berkenaan.

Konsert I Am Ziana Zain di MITC Melaka

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Awie Mengaku Tidak Bersalah Pukul Isteri

Football Match Between Neymar Jr & Racer Ken Block