in

Konsert VOICES OF LADIES Panggung Anniversari Percuma Untuk Semua

KONSERT VOICES OF LADIES Anjuran DBKL dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Artis Tanahair

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan kerjasama dari Yayasan Kebajikan Artis Tanahair akan mengadakan Konsert Vocies of Ladies pada 11hb. Ogos 2018, Sabtu pada 8.30 malam di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.

Konsert yang akan berlangsung selama 1 jam 45 minit ini akan diserikan oleh beberapa artis ternama tanahair dari semua era serta peringkat umur dan akan menyajikan lagu-lagu terhebat artis-artis ini.

VOICES OF LADIES

Yang pasti, kami menyajikan para penonton di Panggung Anniversari Kuala Lumpur dengan kehadiran 6 artis wanita yang paling unggul sekali dengal pelbagai genre, Pop, Irama Traditional, Rock, dan Balada.

Artis yang akan membuat persembahan mereka adalah:

Aishah: Wan Aishah Binti Wan Ariffin, Aishah bermla dengan mengikuti satu kumpulan di New Zealand, Fan Club. Berjaya menembusi pasaran antarabangsa sehingga berjaya memasuki carta Billboard Hot 100 pada tahun 1990 dengan lagu Don’t Make Me Fall Alone. Aishah meneruskan karier solo di Malaysia dari tahun 1990 lagi. Juara acara berprestij Gegar Vaganza baru baru ini, Aishah tampil dengan lagu terbaru beliau bertajuk Malar.

Ella: Nor Zila binti Aminuddin, aktif menyanyi dari tahun 1985 hingga sekarang. Bergenre Rock bermula dengan Ella and the Boys. Mempunyai lebih dari 13 buah album sepanjang kareer sebagai seorang penyanyi.

Noraniza Idris: Nor Aniza Binti Haji Idris, bergenre Irama Malaysia dan Etnik Kreatif. Berkarya sebagai penyanyi, pengubah lagu dan penulis lirik. Aktif sebagai penyanyi dari tahun 1985 lagi. Mempunyai lebih dari 15 album solo dan kompilasi dan duet. Noraniza Idris banyak memenangi pelbagai anugerah sepanjang karier sebagai penyanyi.

Nora: Wan Nora Afiza Binti Ariffin yang bergenre Balada, Etnik Kreatif, Pop dan juga R&B, aktif menyanyi dari tahun 1994 hingga sekarang. Baru saja mengeluarkan single terbaru yang berjudul Ada dalam Tiada.

Elda Susanti: Elda Susanti Bt. Abdul Majid anak kelahiran Kuala Lumpur, memulakan karier dari tahun 1998. Elda mewakili Malaysia di pertandingan berprestij, Dangdut Academy Asia 2 pada tahun 2016 hingga ke peringkat separuh akhir, Juara 2 Dangdut Star 2016 Astro Prima dan mempunyai 2 album Dangdut.

Yuka Kharisma: Baru berumur 30 tahun berasal dari Aceh, Indonesia. Berkahwin dengan saxofonist Malaysia, Jeffney Kamar dan merupakan seorang penyanyi, dan komposer. Bergenre Pop R&B Jazz Soul. Memulakan karier pada tahun 2008 dan merupakan Indonesian Idol dan memenangi artis wanita baru terbaik di Anugerah Planet Muzik ke-15. Baru sahaja menganjurkan konsert BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert pada 28 April lalu di Dewan Planari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Penganjuran ini merupakan beberapa kali Yayasan Kebajikan Artis Malaysia bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan menampilkan artis-artis tanahair tidak mengira muda ataupun yang lebih berpengalaman.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem JODOH SYAITAN

ERA Rai Kejayaan Dalam Industri