in

Konsert UB40 Live In Kuala Lumpur

Bagi peminat muzik pop reggae, Budiey kira, nama UB40 bukanlah asing. UB40 memang popular. Band yang ditubuhkan pada 1978 di Birmingham, England ini diiktiraf sebagai antara band reggae legenda dengan jualan kesemua album melebihi 70 juta unit seluruh dunia selain pernah beberapa kali dicalonkan dalam Grammy Awards dan Brit Awards. Budiey rasa ramai peminat UB40 di Malaysia menantikan kehadiran mereka dan tak lama lagi, impian mereka untuk bertemu dengan UB40 secara live akan terlaksana.

UB40 yang dianggotai Ali Campbell (penyanyi utama), Astro (penyanyi), Robin Campbell (gitar), Earl Falconer (bass), James Brown (dram), Mickey Virtue (keyboard), Brian Travers (seksofon) dan Norman Hassan (percussion, trombone) sejak mula ditubuhkan bagaimanapun berpecah pada 2008 apabila Ali meninggalkan UB40.

Tidak lama selepas itu, Astro dan Mickey turut meninggalkan UB40 manakala tempat Ali digantikan abangnya, Duncan Campbell. Seorang lagi abangnya dalam UB40 ialah Robin yang juga pengasas band terbabit.

Apa yang menarik, pada 2010 Astro dan Mickey menyertai Ali sebagai satu kumpulan dan turut meng­gunakan nama UB40 dalam persembahan mereka. Tindakan mereka menimbulkan kemarahan lima lagi anggota asalnya yang mengugut akan mengambil tindakan mahkamah bagi menghalang Ali, Astro dan Mickey menggunakan nama UB40.

UB40 konsert kl live

Konsert UB40 Live In Kuala Lumpur Pada 9 April Ini

[dropcap]K[/dropcap]ehadiran UB40 buat julung kalinya dalam konsert UB40 Live In KL di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 9 April ini tidak wajar dilepaskan buat peminat muzik reggae khususnya UB40 di Malaysia. Kunjungan kali pertama UB40 ke Kuala Lumpur bakal menampilkan penyanyi utamanya, Ali Campbell bersama dua lagi anggota iaitu Astro Wilson (penyanyi) dan Mickey Virtue (keyboard).

[pullquote]Lima lagi anggota asal UB40 seperti Robin Campbell (gitar), Earl Falconer (bass), James Brown (dram), Brian Travers (seksofon) dan Norman Hassan (percussion) tidak lagi bersama Ali, Astro dan Mickey yang bertindak meninggalkan kumpulan itu beberapa tahun lalu.[/pullquote]

Walau bagaimanapun, ketiga-tiganya tetap terus menggunakan nama UB40 walaupun berdepan tindakan saman daripada lima anggota asal kumpulan itu yang turut menggunakan nama UB40 bersama seorang penyanyi baru iaitu Duncan Campbell.

Apapun, kehadiran Ali selaku penyanyi asal pastinya ditunggu-tunggu bagi mendendangkan lagu-lagu popular UB40 di era 80-an dan 90-an seperti Red Red Wine, Can’t Help Falling In Love, Kingston Town, Food For Thought, King, One In Ten, Cherry Oh Baby, Sing Our Own Song, Here I Am (Come And Take Me) dan banyak lagi.

Konsert UB40 Live In KL dibawa oleh UCS Clockwork. Konsert yang boleh ditonton semua peringkat umur ini akan bermula pada jam 9 malam dan pintu mula dibuka jam 7.30 malam.

Selain itu, penonton tidak dibenarkan sama sekali membawa dadah dan senjata termaktub kepada undang-undang Malaysia.

Tiket-tiket berharga RM258 (VIP di aras atas) dan RM158 (di aras bawah) boleh dibeli di beberapa kedai muzik dan peralatan muzik seperti Rock Corner, Music Valley, Victoria Music, Guitar Store dan beberapa outlet lain yang mengambil bahagian.

Tiket juga boleh dibeli di Ticketpro Malaysia secara online menerusi www.ticketpro.com.my atau hubungi 03-78807999 atau Ticket Hotline di talian 017-3555134.

ub40

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Review Bloomrooms Hotel New Delhi

Toyota Camry 2.0GX Menanti Pemenang Prudential Astro Masters 2014