in , ,

Konsert U.K’s Reunion 25 Tahun Di Istana Budaya 17 & 18 Jun Ini

Kumpulan U.K’s Tampil Dengan Konsert Pertama Buat Julung Kalinya. Sempena Sambutan Ulangtahun Ke-25 Tahun U.K’s, Kumpulan Muzik Yang Cukup Popular Sekitar Awal 1990-An Ini Bakal Beraksi Dalam Sebuah Konsert Reunion Di Istana Budaya Pada 17 & 18 Jun 2022.

Persaingan band muzik pop rock pada awal tahun 1990-an memang cukup hebat. Ketika itu, band muzik seperti Exist, Slam, Visa dan Damasutra telah berjaya mendominasi dan mengukuhkan nama mereka dalam dunia rakaman dan industri muzik tanah air. 

Namun, siapa sangka U.K’s yang sebelum ini pernah  dikenali sebagai Ukays telah berjaya menempatkan diri mereka sebagai band muzik berpengaruh serta mencapai populariti meluas, merentasi benua Asia Tenggara khususnya Malaysia,  Indonesia, Singapura dan Brunei. 

Konsert U.K’s Reunion 25 Tahun Di Istana Budaya

Band muzik yang menjadi anak didik komposer tersohor Saari Amri ini telah menghasilkan tujuh album studio Tinggal Irama (1989), Mencari (1992), Bisa Berbisa (1994), Tajam Menikam (1995), Panas Berpanjangan (1996), Cuma Aku Yang Hidup (1997) serta Pijar Kasmaran (2000). 

Album ketiga mereka iaitu Bisa Berbisa menjadi album paling laris dijual dengan jumlah 400,000 unit di pasaran tempatan, manakala album keempat iaitu Tajam Menikam (1995) pula paling laris dijual di Indonesia iaitu sebanyak 700,000 unit, sekaligus menjadikan band muzik ini semakin meledak di negara jiran tetangga tersebut. 

Konsert U.K’s Reunion 25 Tahun Di Istana Budaya

Bahkan, U.K’s adalah antara band muzik pop rock yang memiliki banyak lagu hit, killer song dan lagu yang mudah dinyanyikan bersama selain daripada Iklim. Antara lagu-lagu hit mereka adalah ‘Kau Satu-Satunya’, ‘Seksa’, ‘Sebak’, ‘Tergamak Kau’, ‘Pahit Akan Manis Akhirnya, ‘Siapa Yang Rampas Cintamu, ‘Bila Diri Disayangi’ dan ‘Disana Menanti Di sini Menunggu’.  

Sebagai meraikan penglibatan mereka selama 25 tahun dalam artis rakaman dan industri muzik tanah air, KONSERT U.K’S REUNION 25 TAHUN bakal diadakan buat julung kalinya yang bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya pada dua malam berturut -turut bermula 17 Jun sehingga 18 Jun 2022. 

Dianjurkan Mac Training Centre Sdn Bhd bersama RCD Concepts Sdn Bhd, KONSERT U.K’S REUNION 25 TAHUN ini bakal menyaksikan gabungan semula ahli-ahli kumpulan U.K’s yang asal iaitu Mohd Azmir Muhammd Yusuf atau Amir selaku vokalis, Rozdenil Toni (Denil)- pemain gitar, Mohd Saleh Mohd Alias (Olley) – pemain bass serta Amiruddin Sharif (Amirul) – pemain dram. 

Konsert yang berdurasi selama dua jam dan menerusi 25 lagu yang bakal dipersembahkan Amir dan rakan-rakannya ini turut dibantu dua pengarah muzik berkaliber iaitu Mohd Rafi Bin Shafie (Rafi) dan Ahmad Firdaus Mahmud (Firdaus) serta Mustafa Kamal Ahmad (Mus Satira) sebagai pemain gitar undangan. 

Konsert U.K’s Reunion 25 Tahun Di Istana Budaya

Apa yang menarik, ketiga-tiga pemuzik hebat ini adalah antara insan-insan seni yang kerap terlibat dalam hampir kesemua proses rakaman album studio U.K’s, dibantu Allahyarham Izhar selaku penyusun muzik. 

Rafi dan Firdaus bukan sahaja bertindak sebagai Pengarah Muzik tetapi mereka juga turut menjadi pemuzik undangan bersama kumpulan Mohram yang terdiri daripada Mohar dan Ramli serta kumpulan vokal latar terkenal, Jad Lobo dan pasukannya. 

KONSERT U.K’S REUNION 25 TAHUN ini menjadi lebih bermakna apabila mendapat sentuhan  Pengarah kreatif Shamsul Cairel dan Pengarah Teknikal yang tersohor, Dato’ Sri Rozaimi Che Di yang juga adalahPengarah Urusan RCD Concepts Sdn Bhd. 

Selaku penerbit, Samirah Hambali berkata pihak producer Mac Training Centre Sdn Bhd dan RCD Concepts Sdn Bhd amat berbesar hati untuk menganjurkan konsert buat kumpulan U.K’s yang julung kali pertama diadakan ini. 

Konsert U.K’s Reunion 25 Tahun Di Istana Budaya

“U.K’s adalah sebuah nama yang besar dan mempunyai pengikut yang ramai bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara jiran tetangga. 

“Pasti ramai yang teruja dan sudah lama menantikan sebuah konsert berskala besar daripada U.K’s ini yang pastinya akan menghiburkan serta dapat membangkitkan semula nostalgia kehebatan kumpulan U.K’s pada suatu masa dahulu.

“Pihak kami juga mengalu-alukan kesediaan mana-mana pihak korporat yang sudi menaja KONSERT U.K’S REUNION 25 TAHUN ini sebagai sebahagaian daripada projek atau kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi membuka ruang dan peluang  kepada warga  seni  baik di depan tabir mahupun  di belakang tabir untuk bekerja semula setelah  lama terkesan akibat pandemik,” katanya. 

Sementara itu, selaku vokalis U.K’s, Amir pula memberitahu, kumpulan U.K’s sangat berbesar hati apabila diberi peluang untuk mengadakan konsert berskala besar di tempat yang penuh berprestij seperti Istana Budaya. 

“Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, beraksi di Istana Budaya adalah impian setiap artis rakaman dan peluang seperti ini tidak harus dilepaskan U.K’s. Peluang beraksi di Istana Budaya dapat membuktikan lagi pencapaian dan tanda aras yang lebih tinggi dalam kerjaya muzik kami selama ini. 

“Saya percaya konsert ini memang cukup dinantikan peminat-peminat setia yang selama ini membesar dengan lagu-lagu U.K’s. Setiap lagu pastinya mempunyai nostalgia tersendiri buat mereka. 

“Lagu-lagu U.K’s memamg mempunyai impak yang tersendiri. Ada mendengar lagu U.K’s kerana putus cinta. Yang bercinta kerana lagu U.K’s pun ada. Semua orang punya nostalgia masing-masing dengan lagu U.K’s,” katanya. 

Konsert U.K’s Reunion 25 Tahun Di Istana Budaya

Menurut Amir lagi, memandangkan mereka mempunyai banyak lagu-lagu hit, ia sememangnya memberikan satu cabaran buat mereka untuk memilih 25 lagu yang bakal dipersembahkan dalam konsert ini nanti. 

“Dari awal lagi, kita sudah senaraikan lebih daripada 30 buah lagi dan untuk memilih 25 buah lagu daripada senarai ini cukup memeningkan, apatah lagu ia perlu diaturkan mengikut kesesuaian segmen dan repertoire. 

‘Tapi, apa yang boleh saya katakan di sini, semua lagu-lagu hit U.K’s jadi jadi kegemaran setiap peminat, kita akan nyanyi dan persembahkan. 

Konsert U.K’s Reunion 25 Tahun Di Istana Budaya

KONSERT U.K’S REUNION 25 TAHUN ini bukan saja dianjurkan untuk meraikan kejayaan dan jatuh bangun U.K’s dalam kerjaya muzik mereka, tetapi juga sebagai penghormatan buat  Saari Amri yang telah banyak menaikkan nama U.K’s menerusi lagu-lagu ciptaannya yang cukup menyengat. 

Malah, ia juga diadakan sebagai menghargai peminat-peminat tegar U.K’s di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei  yang telah banyak memberi sokongan terhadap  kerjaya seni muzik kumpulan ini.

Sebagai kejutan, konsert yang turut diiringi Strings Chamber Orkestra Simfoni Kebangsaan Malaysia (OSK) ini juga akan menampilkan persembahan Saari Amri bersama U.K’s dalam sebuah tribute khas. 

Konsert U.K’s Reunion 25 Tahun Di Istana Budaya

KONSERT U.K’S REUNION 25 TAHUN ini turut dibantu rakan strategik seperti Nasional  FM,  F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Perak Agrotourism Resort (Patro), Angsana Travel & Tours, iLasso Tickets, Acoustic and Lighting System Sdn Bhd, Seinnheizer Asia, Heaven Studio, Scream Studio, Hotel Premiera Kuala Lumpur dan Istana Budaya. 

Rakan strategik lain yang turut membantu adalah Nazrin Shah Tailor, Boutique First Time Around, Marsita Catering, Pak Tam Sri Corner dan Johans Corner. 

Tiket menyaksikan konsert ini berharga RM99 9, RM777, RM555, RM333 dan RM111. Sebarang pertanyaan mengenai tiket, hubungi Hotline: 03-21706333/ (WhatsApp): 01113297822 atau layari http://ilassotickets.com. 

Konsert U.K’s Reunion 25 Tahun Di Istana Budaya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HAZAMA

Kmy Kmo, Luca Sickta Pilih Hazama Untuk Kolaborasi Lagu MAKUTA

Rupanya Ini Cerita Sedih Keisya Levronka Dalam Single TAK INGIN USAI